Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DOA KESYUKURAN CEREMONY TO MARK BRUNEI DARUSSALAM 40TH NATIONAL DAY CELEBRATION

BERAKAS GARRISON, Thursday, 22 February 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Doa Kesyukuran ceremony to mark Brunei Darussalam 40th National Day Celebration at all suraus within RBLF camps including Pulau Baru - Baru Mosque.

Present for the ceremony at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander RBLF. Also present were Senior Officers, officers, and RBLF personnel. Similar ceremonies took place simultaneously at all RBLF camps attended by respective Commanding Officers, officers and personnel including Pulau Baru-Baru Mosque.

The event commenced with congregational Maghrib Prayer and Sunat Hajat led by Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam of Surau Al-Fa'izun followed by the the recitation of Surah Yassin and Doa Khas. The ceremony concluded with Isya' Prayer.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE- 40 TAHUN

BERAKAS GARISON, Khamis, 22 Februari 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 40 bertempat di semua perkhemahan TDDB termasuk Masjid di Pulau Baru - Baru.

Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai - pegawai Kanan, Pegawai - pegawai dan anggota - anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai - pegawai Pemerintah, Pegawai - pegawai dan anggota - anggota TDDB mengikut perkhemahan masing - masing termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.

Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang dipimpin oleh Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Khas. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah.