Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE COLLABORATES WITH COMMUNITY OUTREACH ACTIVITY WITH VILLAGE CONSULTATIVE COUNCIL OF KAMPONG PENABAI AND KUALA TUTONG

PENABAI, Friday, 16th February 2024 - The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) collaborated with the village consultative council of Kampong Penabai and Kuala Tutong in a community outreach activity at the Kampong Penabai Mosque.

The activity was attended by Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of 2Bn RBLF, Awang Muhammad Sofiyuddin bin Muhd Serudin, Head of Kampong Penabai and Kuala Tutong, along with officers and personnel from 2Bn RBLF, and the residents of Kampong Penabai.​

The 2Bn RBLF aims to further solidify its relationship and cooperation with the local community by fostering close cooperation among local leaders, residents, and military personnel.

 

AKTIVITI KEMASYARAKATAN BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG PENABAI DAN KUALA TUTONG

PENABAI, Jumaat, 16 Februari 2024 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama Ahli Takmir Masjid dan Majlis Perundingan Kampung Penabai dan Kuala Tutong di Masjid Kampong Penabai.

 

Hadir bagi aktiviti tersebut ialah Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, dan Awang Muhammad Sofiyuddin bin Muhd Serudin, Ketua Kampong Penabai dan Kuala Tutong, pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB serta penduduk Kampong Penabai.

 

Program tersebut merangkumi aktiviti keagamaan, penyelenggaraan bangunan dan kempen kebersihan yang dihasratkan dapat mewujudkan hubungan kerjasama yang erat di kalangan pemimpin tempatan, penduduk setempat dan anggota tentera.

 

Penglibatan berterusan 2Bn TDDB dalam aktiviti seumpamanya bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama bersama masyarakat setempat dalam sama-sama bergotong-royong dan mengekalkan kebersihan masjid, surau dan balai ibadat di Daerah Tutong.