Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SIXTH FORM CENTRE TUTONG VISITED SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

PENANJONG GARRISON, Tuesday, 29 November 2022 - Students and teachers from the Sixth Form Centre Tutong led by Mr Haji Hamidon bin Haji Hussain conducted a study visit to the Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF). The group consisted of 71 students and four teachers were welcomed by the officers and personnel of Sp Bn RBLF. Also, in attendance was Acting Operation and Training Officer, Sp Bn RBLF, Major Awang Haji Md Shahereen Firdaus bin Awang Haji Abu.

The visit commenced with an overview brief of the roles and responsibilities of the units within Sp Bn RBLF presented by Officers from each respective units at the ARS Auditorium Room. The group then proceeded to the ARS Parade Square where they had the opportunity to view the exhibit of static display and a observed a short demonstration on the maneuverability of the CVR(T) Scorpion and MGMS Class 30 Trackway. The study visit concluded with a photo session and presentation mementos. ​

The purpose of the study visit was to expose the younger generation of the roles and capabilities of the unit, and also to impart an interest in joining the military to protect our nation's sovereignty.


LAWATAN PUSAT TINGKATAN ENAM TUTONG KE BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Selasa, 29 November 2022 – Sekumpulan penuntut dan tenaga pengajar dari Pusat Tingkatan Enam Tutong yang diketuai oleh Cikgu Haji Hamidon bin Haji Hussain telah membuat lawatan sambil belajar ke Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) dengan tumpuan di Unit Skuadron Kereta Perisai Peninjau, Bn Bantu TDDB (SKPP, Bn Bantu TDDB) Lawatan seramai 71 penuntut dan 4 tenaga pengajar telah disambut oleh Pegawai-pegawai serta anggota-anggota daripada unit Bn Bantu TDDB. Turut hadir adalah Pemangku Pegawai Gerakan dan Latihan, Bn Bantu TDDB, Mejar Awang Haji Md Shahereen Firdaus bin Awang Haji Abu.

Aturcara lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada unit-unit di dalam          Bn Bantu TDDB yang disampaikan oleh Pegawai-pegawai dari setiap unit, bertempat di Bilik Auditorium SKPP, mengenai tugas dan peranan setiap unit yang berkhidmat di dalam Bn Bantu TDDB.

Rombongan tersebut kemudian dibawa ke kawasan padang kawad SKPP Bn Bantu TDDB bagi menyaksikan pameran statik dan demonstrasi kenderaan-kenderaan CVR(T) Scorpion dan MGMS Class 30 Trackway. Acara lawatan sambil belajar tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penyampaian cenderahati.

Tujuan lawatan sambil belajar tersebut adalah untuk mendedahkan generasi muda kepada peranan dan keupayaan unit tersebut, dan juga untuk menanam minat menyertai tentera untuk melindungi kedaulatan negara.

memberikan pendedahan mengenai keupayaan dan peranan unit-unit di bawah Bn Bantu TDDB dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.