Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE OFFICERS RECEIVES THE OBOE ENDEAVOUR ACADEMIC EXCELLENCE AWARD


TANAH JAMBU, Tuesday, 30 November 2021 – A total of 04 Royal Brunei Land Force (RBLF) officers received the OBOE Endeavour Academic Excellence which was held via Video Teleconference (VTC) today in compliance with the Ministry of Health's guidelines.

Present as the guest of honour was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were Her Excellency Tiffany Anne McDonald, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam, Services Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries of Ministry of Defence and Australian Defence Adviser to Brunei Darussalam, as well as senior RBAF officers.

The award recipients for RBLF officers were Major Pg Baharuddin bin Pg Haji Ali, Major Haji Mohammad bin Haji Ahmad, Major Ahmad Bohare bin Mansor and Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar. These officers are among the 06 RBAF officers that will be invited to Australia to meet with key leaders of the Australian Defence Force, tour Australian military bases, participate in educational and cultural activities, and engage in dialogues and discussions which is aimed to impart knowledge to the officers about Australia and its Defence Force, share commonalities on the region's security and interest, as well as to enhance the bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Australia.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and was followed by the welcoming remarks by Lieutenant Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Acting Commandant of the Defence Academy RBAF and a speech by Her Excellency Tiffany McDonald, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam. 

The OBOE Endeavour Award is an academic excellence programme from the Australian Government, awarded to Command and Staff Course participants who have achieved outstanding results during the course. 

PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA ANUGERAH OBOE ENDEAVOUR ACADEMIC EXCELLENCE

TANAH JAMBU, Selasa, 30 November 2021 – Seramai 04 Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima anugerah OBOE Endeavour Academic Excellence pada majlis yang diadakan secara dalam talian hari ini, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Puan Yang Terutama Tiffany Anne McDonald, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam serta Pegawai-pegawai Kanan ABDB.

Penerima-penerima anugerah yang terdiri daripada Pegawai-pegawai TDDB adalah Mejar Pg Baharuddin bin Pg Haji Ali, Mejar Haji Mohammad bin Haji Ahmad, Mejar Ahmad Bohare bin Mansor dan Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar. Pegawai-pegawai tersebut adalah di antara 06 pegawai ABDB yang akan dijemput ke Australia untuk berjumpa dengan Ketua-ketua Pertahanan Australia, melawat pangkalan tentera Australia, mengikuti aktiviti-aktiviti pendidikan dan kebudayaan, serta melibatkan diri di dalam sesi dialog dan perbincangan yang bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai berkenaan mengenai Australia dan Angkatan Tentera Australia, serta berkongsi mengenai persamaan di dalam kepentingan keselamatan serantau dan meningkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Australia.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Leftenan Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Pemangku Komandan Akademi Pertahanan ABDB, dan diteruskan dengan ucapan daripada Puan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam.

Anugerah OBOE Endeavour adalah Program Kecemerlangan Akademik daripada Kerajaan Australia yang dianugerahkan kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus yang telah mencapai keputusan yang cemerlang semasa kursus tersebut.