Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD HARI RAYA AIDILADHA KORBAN CEREMONY AT PULAU BARU-BARU


PULAU BARU-BARU, Friday, 23 July 2021 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held Hari Raya Aidiladha Korban ceremony at Pulau Baru-Baru Mosque.

Present as guest of honor was Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of 1Bn RBLF. Also present were Officers and personnel from 1Bn RBLF who are currently deployed at Pulau Baru-Baru.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Hari Raya Takbir led by Lance Corporal Mohammad Zakwan bin Zulkiflee, personnel from Religious Department Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT RBAF). The ceremony then continued with the distribution of the Korban Meat by the guest of honour to 08 people from Asnaf Fakir group as well as to the respective Officers and personnel of 1Bn RBLF who participated in the Korban.

The ceremonies are commendable practices in Islam that Muslims are encouraged to perform in the days of Tasyrik. The event was held to celebrate Hari Raya Aidiladha with personnel operating at Pulau Baru-Baru in appreciation for their service, being apart from their families during Hari Raya Aidiladha to carry out the tasks of guarding the borders for the sake of national security.



MAJLIS KORBAN BAGI HARI RAYA AIDILADHA TAHUN DIADAKAN DI PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Jumaat, 23 Julai 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Korban Hari Raya Aidiladha bertempat di Masjid Pulau Baru-Baru.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari 1Bn TDDB yang bertugas di Pulau Baru-Baru.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Takbir Hari Raya oleh Lans Koperal Mohammad Zakwan bin Zulkiflee, anggota dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB). Majlis diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban oleh tetamu kehormat majlis kepada 08 orang dari Asnaf Fakir Miskin dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota 1Bn TDDB yang telah ikut serta dalam ibadah korban pada tahun ini.

Ibadah korban ini adalah amalan yang terpuji dalam Islam yang mana orang-orang Islam digalakkan untuk menunaikannya pada hari-hari Tasyrik. Tujuan acara ini dilaksanakan adalah untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama anggota-anggota yang bertugas di Pulau Baru-Baru sebagai tanda penghargaan ke atas khidmat yang disumbangkan kerana terpaksa berjauhan dari keluarga semasa Hari Raya Aidiladha  bagi menjalankan tugas mengawal perbatasan demi keselamatan negara.