Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD SUNNAT HAJAT PRAYER FOR EKSESAIS HIKMAT BERSATU VI


BERAKAS GARRISON, Friday 23 July 2021 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) will hold the Hikmat Bersatu Exercise VI (HB VI) from 26 July 2021 until 31 July 2021. In conjunction with the HB VI, the RBLF held a Sunat Hajat Prayers chaired by the Regimental Headquarters Company (RHQ) unit of RBLF at Surau Al-Faizun Berakas Garrison.  

Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and personnel from the RBLF Headquarters, RHQ, First Battalion RBLF, Dental Services RBLF and Medical and Health Services RBLF.

The ceremony began with Takbir Hari Raya in conjunction with the celebration of Hari Raya Aidiladha took place on 21 July 2021 followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, recitation of verses from the Quran, Sunat Hajat prayers and Selawat.  Towards the end of the ceremony, the Imam recited Doa Hajat and dua' for both parents.  This ceremony was held to get blessings and wellness while the exercise is conducted.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN SEMBAHYANG SUNNAT HAJAT SEMPENA EKSESAIS HIKMAT BERSATU VI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 23 Julai 2021 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan mengadakan Eksesais Hikmat Bersatu VI (HB VI) bermula pada 26 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021. Bersempena HB VI tersebut, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan  Sembahyang Sunat Hajat yang dipengerusikan oleh unit Kompeni Markas TDDB bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garison. 

Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota dari Markas TDDB, Kompeni Markas TDDB, Batalion Pertama TDDB, Khidmat Pergigian TDDB dan Khidmat Kesihatan dan Perubatan TDDB.

Majlis dimulakan dengan takbir Hari Raya sempena meraikan Hari Raya Aidiladha yang telah berlangsung pada 22 Julai 2021, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, beberapa Surah dalam Al-Quran, sembahyang Sunat Hajat dan laungan Selawat.  Majlis kemudian di akhiri dengan Doa Hajat dan Doa untuk kedua Ibu Bapa. Tujuan majlis ini diadakan adalah memohon doa eksesais tersebut dijalankan dengan lancar dan sempurna.