NEWS HEADLINES
UPACARA PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Isnin 19 Februari 2018 – Majlis Serah terima tugas Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Bantu TDDB, penanjong Garison. Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini kini adalah Pegawai Pemerintah batalion bantu TDDB yang baru setelah secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut dari Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri Bin Pengiran Haji Rosli dalam majlis yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dan lain lain peringkat.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH BATALION KETIGA TDDB TAHUN 2018
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 19 Februari 2018 – Anggota Batalion Ketiga TDDB telah mengungkayahkan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah di Dewan Makan dan di Mes PW, SSjn & Sjn bagi PTB-PTB Kanan. Jumlah keseluruhan yang dinaikkan pangkat adalah seramai 52 anggota yang mana kenaikkan pangkat ke Stap Sarjan Tetap seramai 03, ke Pemangku Stap Sarjan seramai 02, ke Sarjan Tetap seramai 05 anggota, ke Pemangku Sarjan seramai 05 anggota, ke Koperal Tetap seramai 06 anggota, ke Pemangku Koperal seramai 06 anggota, ke Lans Koperal Tetap seramai 12 anggota manakala ke Pemangku Lans Koperal seramai 13 anggota.
INTERAKSI BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 16 Februari 2018 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei menerima kunjungan daripada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Yang Mulia Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamid bin Awang Haji Lampoh. Ketibaan Yang Mulia Pemerintah TDDB disambut oleh Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB, Lt Kol Erwan bin Haji Ibrahim, Penolong Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB, Pegawai-pegawai dan Sarjan Mejar Rejimen 3Bn TDDB di bangunan Serunai dan Tambor, Kompeni Memerintah, 3Bn TDDB.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA DPMM YANG KE 44
SURAU AR – RAHMAH PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 16 Februari 2018 –Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3BN TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 44 tahun.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI PUJA USIA DPMM YANG KE 44 TAHUN PERINGKAT TDDB
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB RENDAH BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 2018
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 15 Februari 2018 – Sebanyak 23 anggota PTB-PTB Rendah 2Bn TDDB yang telah diraikan dengan majlis penyampaian pangkat yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Makan, Perkhemahan Tutong.
TAKLIMAT PENERAPAN DISIPLIN BAGI ANGGOTA – ANGGOTA BATALION KETIGA TDDB
PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu 14 Februari 2018 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Taklimat Penerapan Disiplin bagi anggota – anggota 3Bn TDDB. Taklimat Tersebut telah di sampaikan oleh PW1 Selamat bin Hj Yassin, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dan PW2 Khairul Amir bin Khamis, Sarjan Mejar Kawad, 3Bn TDDB kepada warga 3Bn TDDB yang telah berlangsung di Auditorium, Platun Serunai dan Tambur.
MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH 1BN TDDB
BERAKAS GARISON, Rabu 14 Feb 2018 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah meraikan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang berlangsung didua tempat berasingan iaitu bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn Berakas Garison dan bagi PTB-PTB Rendah di Rumah Masak 1Bn TDDB. Seramai 10 orang anggota PTB-PTB Kanan dan 36 orang anggota PTB-PTB Rendah telah diraikan pada acara tersebut.
MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS SEMBOYAN KOMPENI DELTA BATALION PERTAMA TDDB SIRI 1 2018
BERAKAS GARISON, Rabu 14 Februari 2018 – Platun Semboyan Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Burnei (TDDB) telah mengadakan Kursus Asas Semboyan yang telah dihadiri oleh anggota daripada Platun 11 Kompeni Delta Batalion Pertama seramai 27 anggota. Kursus tersebut telahpun dijalankan selama 2 minggu bermula dari 05 Februari sehingga 14 Februari 2018.
KURSUS ASAS MENUNGGANG KUDA SIRI 2/2018 DARIPADA KOMPENI DELTA 1BN TDDB
SESI PERJUMPAAN KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE-160 TDDB
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 12 Februari 2018- Sesi perjumpaan anggota-anggota lepasan rekrut pengambilan ke-160 Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB telah diadakan di Auditorium, Platun Serunai dan Tambur. Seramai 98 anggota lepasan rekrut pengambilan ke-160 telah selesai menjalani Kursus Lanjutan Infantri selama sebulan yang dikendalikan oleh Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB).
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERI BANTUAN BENCANA ALAM TEMBURONG
Sabtu 10 Februari 2018 – Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Daerah Temburong. Hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat melanda di beberapa kawasan kediaman, persekolahan dan menjejaskan sebahagian jalan raya.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM INDUKSI ASKAR WANITA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI PENGAMBILAN KE-53
BERAKAS GARISON, Jumaat, 09 Februari 2018 – Program Induksi Askar Wanita Tentera Darat Diraja Brunei Pengambilan ke-53, yang bermula pada 29 Januari 2018, telah ditamatkan pada pagi ini dalam satu majlis penutup di Bilik Persidangan Rahang, Khidmat Pergigian, Berakas Garison.
KUNJUNGAN KERJA DARIPADA COMMANDER 11th BRIGADE INFANTRY, UNITED KINGDOM
BERAKAS GARISON, 08 Februari 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Brigadier Jeneral Philip Kimber, Commander 11th Brigade Infantry, United Kingdom bertempat di Markas TDDB.
MAJLIS UPACARA PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMAN KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TDDB
BERAKAS GARISON, Rabu, 07 Februari 2018 – Seramai 385 anggota dari Khidmat Bantuan Kombat TDDB menyertai acara Perbarisan Sarjan Mejar Regimen di padang Kawad 1Bn Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah RSM yang di raikan iaitu Yang Mulia PW1 Johari bin Hj Lamit, RSM, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), TDDB. Perbarisan ini berlangsung di Dewan Makan 1Bn TDDB, Berakas Garison.














