NEWS HEADLINES
KUNJUNGAN HORMAT DUTA ISTIMEWA DAN MUTLAK PERSEKUTUAN RUSSIA KE TDDB
BERAKAS GARISON, Khamis 20 April 2018 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brune (TDDB) telah menerima Lawatan Kerja daripada Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia. Lawatan kerja tersebut telah diadakan di Markas TDDB, Berakas Garison.
UPACARA PENYERAHAN BOT PERONDA KH-27 TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
MUARA, Juma’at 20 April 2018 – Upacara Penyerahan Bot Peronda KH27 TDDB telah diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei yang disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
KUNJUNGAN KERJA DARIPADA GENERAL OFFICER COMMANDING REGIONAL COMMAND
BERAKAS GARISON, Khamis 18 April 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Mejar Jeneral Duncan Francis Capps CBE, General Officer Commanding Regional Command bertempat di Markas TDDB.
UPACARA PENYERAHAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA KONTINGEN PENEMBAK AASAM BAGI TAHUN 2018
BERAKAS GARISON, Khamis 19 April 2018 - Upacara Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Kontingen Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang akan menyertai Perlawanan AUSTRALIAN ARMY SKILLS AT ARMS MEET bagi tahun 2018 telah diadakan di Markas TDDB.
MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT PTB-PTB RENDAH BAGI ANGGOTA-ANGGOTA MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN KOMPENI MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SIRI 1 BAGI TAHUN 2018
BERAKAS GARISON, Rabu 18 April 2018 – Majlis penyampaian pangkat PTB-PTB Rendah bagi angota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah dilaksanakan di Pejabat Kompeni Markas TDDB.
MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT PTB-PTB KANAN BAGI ANGGOTA-ANGGOTA MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN KOMPENI MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SIRI 1 BAGI TAHUN 2018
BERAKAS GARISON, Rabu 18 April 2018 – Majlis penyampaian pangkat PTB-PTB Kanan bagi anggota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah dilaksanakan di Mes Sjn, SSjn dan PW Batalion Pertama TDDB.
PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI 16TH DEFENCE SERVICES ASIA EXHIBITION AND CONFERENCE 2018 (DSA 2018)
MITEC, Kuala Lumpur, Selasa 17 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (Pem TDDB) telah menghadiri Defence Services Asia (DSA) Exhibition and Conference di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Malaysian Intermational Trade and Exhibition Centre, MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia.
TAKLIMAT KESEDARAN KIMIA, BIOLOGI RADIOLOGI DAN LETUPAN BAGI PESERTA KURSUS ASAS BAHAGIAN PENGIRING DAN PENGAWAL POLIS KAWALAN DIRAJA
PENANJONG GARISON, Selasa 17 April 2018 – Dengan meningkatnya ancaman serangan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan, sama ada dari segi senjata mahupun sumbernya, kesedaran mengenai pencegahan dan tindak balas perlu ditingkatkan selaras dengan kejadian yang berlaku di negara luar pada masa ini. Demi keselamatan negara untuk sentiasa aman dan damai, kesedaran tersebut perlu dikongsikan bukan hanya tertumpu pada satu agensi sahaja malah seluruh agensi keselamatan.
MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH 1BN TDDB DAN MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DANA KEBAJIKAN TDDB
BERAKAS GARISON, Jumaat 13 April 2018 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah meraikan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang telah berlangsung di dua tempat yang berasingan iaitu bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn Berakas Garison dan bagi PTB-PTB Rendah di Rumah Masak 1Bn TDDB.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB RENDAH DAN PTB-PTB KANAN BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 12 April 2018 – Sebanyak 12 anggota PTB-PTB Rendah dan PTB-PTB Kanan sebanyak 3 anggota 2Bn TDDB yang telah diraikan dengan majlis penyampaian pangkat yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Makan Batalion Kedua bagi kenaikan pangkat PTB-PTB Rendah manakala kenaikan pangkat bagi PTB-PTB Kanan dilaksanakan di Mes PW, SSjn dan Sjn, Perkhemahan Tutong.
LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TDDB KE REPUBLIK SINGAPURA
REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 11 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat lawatan pengenalan ke Republik Singapura bermula pada 9 hingga 11 April 2018.
KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN AFRIKA SELATAN KE MARKAS TDDB
BERAKAS GARISON, Selasa, 10 April 2018 – Yang Mulia Kolonel Lamla Malotana, Penasihat Pertahanan Afrika Selatan di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini mengadakan kunjungan hormat pengenalan kepada Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Pemangku Pemerintah Tentera Darat Brunei (TDDB) di Markas TDDB, Berakas Garison.
LAWATAN KERJA PEMERINTAH ABDB KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH
BERAKAS GARISON, Rabu, 04 April 2018 - Majlis penyampaian sumbangan derma kepada SSjn Norsunnah binti Mat Taha, anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah di Kampong Wasan pada 31 Mac 2018 yang lalu telah diadakan pagi ini.
ATASE PERTAHANAN THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE MARKAS TDDB
BERAKAS GARISON, Rabu, 4 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Kolonel Sorrawat Pattamakom, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya dan Yang Mulia Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik














