BERAKAS GARISON, Rabu 13 Jun 2018
 - Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-57 tahun dan Ramadhan 1439H Peringkat Askar Wanita ABDB bagi tahun 2018 telahpun diadakan di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Dayang Suriyati binti Haji Junaidi, Timbalan Komandan, Akademi Pertahanan, ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan , Pegawai-Pegawai, PTB-PTB kanan dan PTB-PTB Rendah Askar Wanita dari semua unit ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Hajah Azierah binti Abdullah, dan diteruskan dengan bacaan Takhtim, Doa Khatam dan Dikir Marhaban.

Seramai 50 anggota Askar Wanita ABDB telah mengikuti Majlis Khatam Al-Quran tersebut yang merupakan salah satu aktiviti tahunan yang bertujuan bagi memupuk minat dan menanamkan sifat membaca Al-Quran dikalangan Askar Wanita ABDB.