BERAKAS GARISON Jumaat 20 Julai 2018 – Upacara Serah Terima Tugas Timbalan Komandan bagi Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel Amilin bin Haji Mohamad Gani @ Haji Junit yang telah diadakan di Markas Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (Mrks KBK TDDB) Berakas Garison.
Hadir bagi menyaksikan Majlis Penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Timbalan Komandan ialah Pegawai – pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan anggota Awam Markas KBK TDDB
Upacacra tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama anggota Markas KBK TDDB dan diteruskan lagi dengan upacara penandatangan Sijil Serah Terima Tugas. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah dan diakhiri dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Sjn Pg Indra Putra.
