Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTED CLEANING CAMPAIGN AT KAMPONG TERUNJING LAMA MUSLIM CEMETERY AND ALANGAN BESAR, KAMPONG TAMOI MUSLIM CEMETERY


BRUNEI MUARA, Wednesday, 28 April 2021 - In conjunction with the holy month of Ramadhan, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) organised a cleaning campaign and Tahlil event that took place at Kampong Terunjing Lama Muslim Cemetery and Alangan Besar, Kpg Tamoi Muslim Cemetery for deceased 1Bn RBLF personnel. 

The event commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah and followed by the pouring of air asah-asahan over the graves of the deceased. The visit concluded with the cleaning campaign.

The campaign is part of charitable activities conducted by RBLF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst 1Bn RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.


BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPONG TERUNJING LAMA DAN TANAH PERKUBURAN ISLAM ALANGAN BESAR, KAMPONG TAMOI

BRUNEI MUARA, Rabu, 28 April 2021 – Bersempena dengan bulan suci Ramadhan, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan acara kempen kebersihan di tanah perkuburan anggota-anggota 1Bn TDDB yang telah kembali ke Rahmatullah bertempat di Tanah Perkuburan Islam Kampong Terunjing Lama dan Tanah Perkuburan Islam Alangan Besar, Kampong Tamoi.

Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai dan diikuti dengan menyiram air asah-asahan. Acara kemudian diakhiri dengan membersihkan tanah perkuburan.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TDDB sempena memperingati bulan suci Ramadan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.