Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION CONDUCTS JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS DEVELOPMENT CADRE

TUTONG CAMP, Thursday, 30 April 2026 – A total of 27 Junior Non-Commissioned Officers from the Second Battalion, Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF), successfully completed the Junior Non-Commissioned Officers Development Cadre (JNCO-DC), which was conducted from 09 April to 30 April 2026. The closing ceremony was held at the 30M Range, 2Bn RBLF, Tutong Camp. Present to officiate the closing ceremony was Major Mohammad Sufrien bin Johan, Commanding Officer of 2Bn RBLF.

 

Throughout the programme, participants underwent a rigorous series of module encompassing covering physical fitness, leadership and military skills, including public speaking, practical leadership, section-level navigation, tactical skills, the application of Defence Instructional Techniques (DITs), as well as the conduct of training and range practices. The programme culminated with Exercise TUNJANG PERKASA, which tested the participants' ability to apply the knowledge and skills acquired prior to this realistic training scenario.

 

The programme marks a contemporary and strategic initiative by 2Bn RBLF towards achieving Mission-Ready Land Forces, intended to empower JNCOs as key enablers in infantry training and reduce operational reliance solely on commissioned officers. It reflects ongoing efforts to strengthen leadership capabilities at the grassroots level within the battalion.

 

 

BATALION KEDUA MENGENDALIKAN JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS DEVELOPMENT CADRE​

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 30 April 2026 – Seramai 27 anggota Pegawai Tidak Bertauliah Rendah dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah berjaya menamatkan Junior Non-Commissioned Officers Development Cadre (JNCO-DC), yang telah dilaksanakan dari 09 April hingga 30 April 2026. Majlis penutup tersebut telah diadakan di Padang Tembak 30M, 2Bn TDDB, Perkhemahan Tutong. Hadir bagi menyempurnakan majlis penutup tersebut ialah Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.

 

Sepanjang program tersebut, para peserta telah menjalani beberapa modul yang merangkumi kecergasan fizikal, kepimpinan dan kemahiran ketenteraan, termasuk kemahiran bercakap di khalayak ramai, kepimpinan praktikal, pandu arah peringkat seksyen, kemahiran taktikal, penggunaan Defence Instructional Techniques (DITs), serta pengendalian latihan dan latihan menembak di padang tembak. Kemuncak program ini adalah pelaksanaan Eksesais TUNJANG PERKASA, yang menguji keupayaan peserta dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang program ke latihan yang lebih realistik.

 

Program ini merupakan inisiatif kontemporari yang pertama kali dilaksanakan oleh 2Bn TDDB ke arah mencapai Mission-Ready Land Forces, khusus untuk membangun PTB Rendah dan selaras dengan usaha berterusan dalam memperkukuh keupayaan kepimpinan di peringkat rendah. Di samping itu, ianya juga turut memperkasakan PTB Rendah sebagai tunjang kekuatan dalam pelaksanaan latihan infantri, sekali gus mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pegawai. ​