Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

TITIAN AMAL PROJECT HANDOVER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY


KAMPONG PENANJONG, Friday, 1 May 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Handover Ceremony for the Titian Amal Project in conjunction with its 64th Anniversary as part of its community outreach initiatives. The ceremony took place at the newly constructed residence of Dayang Saliha binti Haji Kamis in Kampong Penanjong, Tutong District.

Present as the Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), and Iswandy bin Ahmad, Assistant Managing Director of Welfare Services and Social Development, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. This reflected the continued collaboration between military and civilian stakeholders in support of national welfare initiatives.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by a tazkirah delivered by Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Staff Officer Grade 2, Religious Inspectorate of JAMA'AT.

A project briefing was delivered by Captain Sheril Shahizwan bin Tikom, Officer Commanding Third Squadron Engineer Regiment RBLF, and Chairman of the Titian Amal Project for the construction of the residence. The Guest of Honour then presented a commemorative memento to Dayang Saliha as a symbolic gesture of the official handover of the newly completed residence.

The construction works were carried out over a period of three months, from 3 February 2026 to 1 May 2026, through close collaboration between personnel of the Engineer Regiment RBLF. The project was funded through the Donation Fund under the Housing Scheme of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, amounting to BND$43,445.16, aimed at supporting the repair and upgrading of houses for eligible beneficiaries.

The Titian Amal Project is an annual RBAF initiative that reflects the continued commitment of the Royal Brunei Land Forces in strengthening community relations, fostering volunteerism, and enhancing cooperation with government agencies and local communities. The project further underscores the RBLF's role in supporting broader social development efforts through structured military-led community engagement programmes.







MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64

KAMPONG PENANJONG, Juma'at, 1 Mei 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64 sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan masyarakat. Majlis tersebut telah berlangsung di rumah kediaman baharu Dayang Saliha binti Haji Kamis di Kampong Penanjong, Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), serta Iswandy bin Ahmad, Penolong Pengarah Urusan Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, selaku wakil rakan kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek kebajikan tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Timbalan Pegawai Turus Inspektorat Agama JAMA'AT.

Seterusnya, taklimat projek telah disampaikan oleh Kapten Sheril Shahizwan bin Tikom, Pegawai Memerintah Skuadron Ketiga Rejimen Jurutera TDDB dan selaku Pengerusi Projek Titian Amal bagi pembinaan rumah kediaman tersebut. Tetamu Kehormat kemudiannya menyampaikan cenderamata kenangan kepada Dayang Saliha sebagai simbolik penyerahan rasmi rumah kediaman yang telah siap dibina.

Kerja-kerja pembinaan telah dilaksanakan selama tiga bulan, bermula dari 3 Februari 2026 hingga 1 Mei 2026, melalui kerjasama erat anggota Rejimen Jurutera TDDB. Projek ini dibiayai melalui peruntukan Tabung Sumbangan di bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dengan jumlah keseluruhan sebanyak BND$43,445.16 bagi kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan rumah penerima yang layak.

Projek Titian Amal merupakan salah satu inisiatif tahunan ABDB yang mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat Diraja Brunei dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat, memupuk semangat kesukarelawanan, serta mempertingkatkan kerjasama bersama agensi kerajaan dan komuniti setempat. Inisiatif ini juga menzahirkan peranan TDDB dalam menyokong pembangunan sosial negara melalui pelaksanaan program kemasyarakatan berstruktur yang diterajui oleh ketenteraan.​