Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HIS MAJESTY BESTOWS STATE HONORARY MEDALS TO 29 RBLF OFFICERS AND PERSONNEL

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 29 April 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to confer State Honorary Medals upon civilian and military personnel of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty's 79th Birthday Celebration. The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. A total of 29 personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF) were conferred with State Honorary Medals. Five officers were awarded the Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), six officers and personnel received the Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.), and eighteen personnel were awarded the Pingat Pahlawan (P.P.).

His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, officiated the conferment of the State Honorary Medals as the personal representative of His Majesty. In attendance were His Royal Highness Prince 'Abdul Malik and His Royal Highness Prince 'Abdul Mateen. Also present at the ceremony were Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Heads of Departments.

The RBLF extends its sincerest congratulations to all recipients and wishes them continued success and excellence in their service.

KDYMM KURNIA PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA KEPADA 29 PEGAWAI DAN ANGGOTA TDDB

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 April 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara kepada pegawai dan anggota awam serta tentera Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-79 Tahun. Istiadat Pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. Seramai 29 anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara. Seramai lima orang pegawai telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), enam orang pegawai dan anggota menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.), manakala lapan belas orang anggota telah dianugerahkan Pingat Pahlawan (P.P.).

Berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyempurnakan pengurniaan pingat-pingat kehormatan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Selain itu, turut hadir di istiadat tersebut juga ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang, Duta-Duta Besar, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan.

Dengan pencapaian ini, pihak TDDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima serta mendoakan agar mereka terus berjaya dan cemerlang sepanjang perkhidmatan.