Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION CONDUCTS REGIMENTAL SERGEANT MAJOR PARADE

TUTONG CAMP, Wednesday, 29 April 2026 – The Second Battalion, Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF), conducted a Regimental Sergeant Major (RSM) Parade at the 2Bn Parade Square, Tutong Camp. Present at the event was Warrant Officer 1 (RSM) Mohammad Rezal bin Haji Ismail.

The parade commenced with an inspection by the Battalion RSM, followed by a march-past led by Warrant Officer 2 (DSM) Haji Mohammad Asmadei bin Haji Zolkarinin.

The event continued with remarks by the Battalion RSM, in which he emphasised that such parades aim to enhance the quality of drill among personnel while reflecting a high level of discipline, military spirit and cooperation – all of which form the foundation of unit cohesion. He further highlighted the importance of personal hygiene as a reflection of individual character, stressing that every member must consistently uphold high standards of neatness, appearance and cleanliness to project a positive image of the RBLF. The parade concluded with the recitation of Doa, followed by a group photo session.

BATALION KEDUA TDDB ADAKAN PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 29 April 2026 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang berlangsung di Padang Kawad 2Bn, Perkhemahan Tutong. Hadir pada acara tersebut ialah Pegawai Waran 1 (SMR) Mohammad Rezal bin Haji Ismail.

Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan oleh SMR 2Bn, diikuti dengan perbarisan berjalan lalu yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 (SMK) Haji Mohammad Asmadei bin Haji Zolkarinin.

Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Waran 1 (SMR) Mohammad Rezal bin Haji Ismail, di mana beliau menekankan bahawa perbarisan seumpama ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kawad anggota serta mencerminkan tahap disiplin, semangat ketenteraan dan kerjasama yang menjadi tunjang kepada perpaduan pasukan. Beliau turut menekankan kepentingan kebersihan diri sebagai lambang sahsiah individu, di mana setiap anggota perlu sentiasa mengekalkan tahap kekemasan, keterampilan dan kebersihan yang tinggi, sekaligus mempamerkan imej positif TDDB. Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.​