Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF PARTICIPATION IN BRUNEI DARUSSALAM’S 37th NATIONAL DAY CELEBRATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 23  February 2021 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 37th National Day with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

The celebration began with the national anthem, following which His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam inspected the Guard of Honour mounted by 409 personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and the ceremonial bands from RBAF and RBPF. A total of 111 personnel from RBLF participated in the parade, including the Royal Regimental Colours Flag bearers from 3Bn RBLF. The Parade Commander was Lieutenant Colonel Hj Md Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer 3Bn RBLF.

Meanwhile, in the march-past event, a total of 2657 personnel joined the event comprising of National Security Forces, Bestari Communities, Staffs of the Public and Private Sectors, Educational Sectors and others. The numbers included 37 personnel from RBLF participated in the march-past led by Major Muhammad Rushdi bin Haji Awang Yusuf accompanied by the Royal Regimental Colours from 1Bn RBLF. Thus, making a total of 148 RBLF personnel taking part in Brunei Darussalam's 37th National Day this year, carrying the theme 'Menjayakan Wawasan Negara'.




TDDB SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-37

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Februari 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-37 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memeriksa perbarisan seramai 409 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat DIraja Brunei (TDDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB di bawah kawalan Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Hj Md Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Anggota TDDB yang turut serta dalam Kawalan Kehormatan adalah seramai 111 anggota termasuk Kawalan Panji-panji daripada 3Bn TDDB.

Manakala bagi acara perbarisan jalan-lalu, seramai 2657 anggota menyertai acara tersebut yang terdiri daripada kumpulan Pasukan Keamanan Negara, Masyarakat Bestari, Kakitangan Sektor Awam dan Swasta, Sektor Pendidikan dan lain-lain. Turut serta dalam kumpulan tersebut termasuk 37 anggota TDDB yang diketuai oleh Mejar Muhammad Rushdi bin Haji Awang Yusuf beserta Kawalan Panji-panji dari 1Bn TDDB. Dengan itu, sejumlah 148 anggota TDDB mengambil bahagian dalam acara Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 pada tahun ini, yang bertemakan 'Menjayakan Wawasan Negara'.