Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DENTAL INDUCTION COURSE AND DENTAL INTERMEDIATE COURSE COMPLETED

BERAKAS GARRISON, Thursday, 6th February 2025 – A total of 10 personnel and two civilian staff from Dental Services Royal Brunei Land Forces (RBLF) had recently completed the Dental Induction Course and Dental Intermediate Course in a closing event held at Bilik Rahang, Dental Services RBLF Headquarters, Berakas Garrison. In attendance to officiate the closing was Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, the RBLF Chief Dental Services.

The conducting officer commenced the event with a course review, followed by the certificates and award presentation with Lance Corporal Siti Nur Sabrina binti Haji Makhdzar from the RBLF Dental Headquarters received the Overall Best Student Award for the Dental Intermediate Course. The Chief Dental Services then delivered his remarks,  emphasising the course's role towards achieving dental excellence in the Royal Brunei Armed Forces.

The aim of the Dental Induction Course is to provide a solid foundation for the new dental personnel and staff in ensuring they have the necessary knowledge and skills to work safely and effectively. Meanwhile, the Dental Intermediate Course, is a specialised training program designed for dental members who have already completed a foundational dental course and builds upon existing knowledge and skills to provide more advanced training in specific areas of dentistry.

KURSUS INDUKSI PERGIGIAN DAN KURSUS PERGIGIAN PERTENGAHAN TAMAT

BERAKAS GARISON, Khamis, 06 Februari 2025 – Seramai 10 anggota dan dua kakitangan awam dari Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menamatkan Kursus Induksi Pergigian dan Kursus Pergigian Pertengahan dalam acara penutup yang diadakan di Bilik Rahang, Markas Khidmat Pergigian TDDB, Berakas Garison. Hadir bagi acara penutup tersebut ialah Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB.

Acara dimulakan dengan ulasan kursus oleh pegawai pengendali, diikuti dengan penyampaian sijil dan anugerah dengan Lans Koperal Siti Nur Sabrina binti Haji Makhdzar daripada Markas Khidmat Pergigian TDDB menerima Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Pertengahan Pergigian. Ketua Khidmat Pergigian kemudiannya menyampaikan ucapan beliau dengan menekankan peranan kursus tersebut ke arah mencapai kecemerlangan pergigian dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Tujuan Kursus Induksi Pergigian ini adalah untuk menyediakan asas yang kukuh kepada anggota dan staf  pergigian baharu dalam memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan selamat dan berkesan. Manakala, Kursus Pertengahan Pergigian merupakan program latihan khusus direka bagi anggota yang telah menamatkan kursus asas yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran yang sedia ada, sekali gus menyediakan latihan lanjutan dalam bidang pergigian.