Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF CHAMPIONS IN RBAF WATER POLO FINALS 2024/2025

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 7th February 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Swimming and Water Polo Finals 2024/2025 was held at the Sports Complex, Rimba Air Force Base, with the Royal Brunei Land Forces (RBLF) emerged as champion in the Water Polo Championship after defeating the Combined Team from the Ministry of Defence, scoring 4-2, marking the Combined Team from the Ministry of Defence in the second place while Royal Brunei Navy (RBN) came in Third. As for the Swimming Championship finals, the RBLF secured the second place with a total of 5 gold, 2 silver, and 4 bronze medals, and the RBN as well as the Combined Team Ministry of Defence came first and third respectively.

Attending as the Guest of Honour to present the trophies and medals was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. The RBAF Swimming and Water Polo Championship 2024/2025 commenced on 3rd February 2025, with four teams participating in the competition namely RBLF, RBN, Royal Brunei Air Force, and the Ministry of Defence Combined team. This championship aims to promote a healthy lifestyle and further foster camaraderie and teamwork among RBAF personnel.


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 7 Februari 2025 – Kejohanan Akhir Renang dan Polo Air Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2024/2025 telah berlangsung di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba, dengan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) muncul juara dalam Kejohanan Akhir Polo Air selepas menewaskan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan dengan jaringan 4-2, menjadikan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan memenangi tempat kedua, manakala Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) tempat Ketiga. Bagi Kejohanan Akhir Renang pula, TDDB berjaya mendapat tempat kedua dengan meraih 5 pingat emas, 2 perak, dan 4 gangsa, dan TLDB serta Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan masing-masing menduduki tempat pertama dan ketiga.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyampaikan piala dan pingat ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Kejohanan Renang dan Polo Air ABDB 2024/2025 ini telah bermula pada 3 Februari 2025, dengan empat pasukan menyertai pertandingan tersebut iaitu TDDB, TLDB, Tentera Udara Diraja Brunei, dan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan. Kejohanan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan seterusnya memupuk semangat setiakawan dan kerja berpasukan di kalangan warga ABDB.​