Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ARMED FORCES SERGEANT MAJOR LEADERSHIP SESSION

BERAKAS GARRISON, Thursday, 06th February 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Senior and Junior Non-Commissioned Officers had the opportunity to attend a leadership talk delivered by Warrant Officer 1 Rozain bin Haji Pungut, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Sergeant Major held at three separate sessions.

During the session, Warrant Officer 1 Rozain addressed RBLF personnel on the importance of strong leadership and emphasised the need for continuous self-reflection, effective communication, and maintaining high physical fitness standards. He also shared that the RBLF not only play its role in defending the country but also as a role model for the broader community, urging all personnel to inculcate as well as put into practice the RBAF core values in carrying out their duties.

SESI KEPIMPINAN BERSAMA SARJAN MEJAR ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 06 Februari 2025 – Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan dan Rendah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berpeluang menghadiri sesi kepimpinan yang disampaikan oleh Pegawai Waran 1 Rozain bin Haji Pungut, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan pada tiga sesi berasingan.

Semasa sesi tersebut, Pegawai Waran 1 Rozain menyampaikan kepada anggota-anggota TDDB tentang kepentingan kepimpinan yang kukuh dan menekankan keperluan untuk sentiasa muhasabah diri, berkomunikasi dengan berkesan, dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Beliau turut berkongsi bahawa TDDB bukan sahaja berperanan dalam mempertahankan negara, tetapi juga menjadi contoh teladan kepada masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu, beliau menggesa semua anggota untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai teras ABDB dalam melaksanakan tugas mereka.