Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DENTAL SERVICES CELEBRATES 54TH ANNIVERSARY

BERAKAS GARRISON, Thursday, 11th June 2026 – The Dental Services of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) celebrated its 54th Anniversary with a Parade and Doa Kesyukuran Ceremony held at the Dental Services Building, Berakas Garrison. In attendance was Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Services (CDS) of the RBLF. Also present were Senior Dental Officers, Officers, and personnel, including civilian staff and personnel from the Technical Equipment Maintenance Division.

The event commenced with a parade, followed by a speech by the Chief Dental Services. In his address, he highlighted key achievements attained over the past year in the areas of operational readiness, human resource development, infrastructure, logistics and professional engagement both locally and internationally. Human resource development remained a key priority, with 118 personnel attending various local and overseas courses throughout the year. In addition, four new in-house career development courses were successfully conducted to further enhance the competency and professional development of personnel. The Dental Services further demonstrated its operational readiness through participation in Exercise Semangat Waja 8/2026, community outreach programmes and the provision of dental services during the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary Celebration. Continued participation in professional forums and conferences also strengthened its professional standing and contributed towards defence diplomacy efforts.

The ceremony concluded with the recitation of Doa Kesyukuran and a cake-cutting ceremony in conjunction with the 54th Anniversary of the RBLF Dental Services.

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KHIDMAT PERGIGIAN KE-54

BERAKAS GARISON, Khamis, 11 Jun 2026 – Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun ke-54 dengan Majlis Perbarisan dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Bangunan Khidmat Pergigian, Berakas Garison. Hadir ke majlis tersebut ialah Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, dan anggota pergigian termasuk kakitangan awam serta anggota dari Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal.

Acara dimulakan dengan perbarisan dan disusuli dengan ucapan oleh Ketua Khidmat Pergigian TDDB. Dalam ucapannya, beliau mengetengahkan pencapaian utama yang telah diraih sepanjang tahun lalu dari aspek kesiapsiagaan operasi, pembangunan sumber manusia, infrastruktur, logistik serta penglibatan profesional di dalam dan luar negara. Pembangunan sumber manusia terus menjadi keutamaan dengan seramai 118 anggota dan kakitangan telah mengikuti pelbagai kursus tempatan dan luar negara sepanjang tahun. Di samping itu, empat kursus pembangunan kerjaya dalaman baharu telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi serta pembangunan profesional anggota dan kakitangan. Khidmat Pergigian turut memperlihatkan kesiapsiagaan operasinya melalui penyertaan dalam Eksesais Semangat Waja 8/2026, program kemasyarakatan serta penyediaan perkhidmatan pergigian semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-65. Penglibatan berterusan dalam forum dan persidangan profesional turut memperkukuhkan tahap profesionalisme serta menyumbang kepada usaha diplomasi pertahanan.

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan pemotongan kek sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-54 Khidmat Pergigian TDDB.