BERAKAS GARRISON, Wednesday, 10th June 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Football and Tug of War Championship 2026 were held at the Mini Stadium, Berakas Garrison. The tournament, which ran from 02nd June to 10th June 2026 featured six teams namely the First Battalion, Second Battalion, Third Battalion, Combat Service Support (CSS), Combined Team 1 consisting of the RBLF Headquarters, Medical Services, Dental Services and Royal Guards Regiment, and Combined Team 2, comprising Field Headquarters, Engineer Regiment, Armour Recce Regiment and the Combined Arms Training Centre. Present to witness the final match was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander RBLF.
Throughout the final football match, Combined Team 1 emerged victorious after defeating Third Battalion with a score of 2 – 0, and Combined Team 2 emerged as champion against the CSS in the Tug of War. Commander RBLF subsequently presented the prizes, with the Best Player Award being presented to Lance Corporal Md Farhan bin Haji Kipli from Combined Team 1, while the Top Scorer Award was presented to Private Md Shafique Aiman bin Ariffin from the First Battalion team. These Football and Tug of War Championships are annual activities aimed at promoting sportsmanship, strengthening camaraderie and fostering esprit de corps among RBLF personnel.

















KEJOHANAN AKHIR BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT TDDB TAHUN 2026
BERAKAS GARISON, Rabu, 10 Jun 2026 – Kejohanan Bola Sepak dan Tarik Kalat Peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bagi tahun 2026 telah diadakan di Mini Stadium, Berakas Garison. Kejohanan ini telah berlangsung dari 02 Jun hingga 10 Jun 2026 dan disertai oleh enam pasukan iaitu pasukan daripada Batalion Pertama, Batalion Kedua, Batalion Ketiga, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), Pasukan Gabungan 1 yang terdiri daripada Markas TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Pergigian serta Rejimen Pengawal Diraja, dan Pasukan Gabungan 2 iaitu Markas Medan, Rejimen Jurutera, Skuadron Kereta Perisai Peninjau dan Pusat Latihan Gabungan Tempur. Hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB.
Sepanjang perlawanan, Pasukan Gabungan 1 telah muncul sebagai pemenang setelah menewaskan Batalion Ketiga dengan jaringan 2 - 0, dan Pasukan Gabungan 2 muncul sebagai juara menentang KBK dalam Kejohanan Tarik Kalat. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemerintah TDDB, dengan Anugerah Pemain Terbaik disandang oleh Lans Koperal Md Farhan bin Haji Kipli dari Pasukan Gabungan 1, manakala Anugerah Penjaring Terbanyak telah disampaikan kepada Soldadu Md Shafique Aiman bin Ariffin dari Pasukan Batalion Pertama. Kejohanan Bola Sepak dan Tarik Kalat ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, memperkukuhkan hubungan silaturahim serta mengeratkan semangat setiakawan dalam kalangan warga TDDB.