BERAKAS GARRISON, Thursday, 04th June 2026 - The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Vehicle Handover Ceremony for its respective sub-units at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison. A total of 16 vehicles, comprising nine sport utility vehicles (SUVs), four minivans and three utility vans, were handed over under a seven-year leasing agreement. Present to officiate the handover was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander RBLF.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the official handover of vehicles. This vehicle leasing initiative aims to support the RBLF's operational and administrative requirements while also providing a reliable vehicle fleet to enhance mobility and strengthen overall operational readiness.







MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN
BERAKAS GARISON, Khamis, 04 Jun 2026 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kenderaan bagi sub-sub unit masing-masing bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison. Sebanyak 16 kenderaan yang terdiri daripada sembilan buah kenderaan utiliti sukan (SUV), empat van mini dan tiga buah van utiliti, telah diserahkan di bawah perjanjian penyewaan selama tujuh tahun. Hadir bagi menyempurnakan penyerahan tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyerahan rasmi kenderaan-kenderaan tersebut. Inisiatif penyewaan kenderaan ini adalah bertujuan untuk menyokong keperluan operasi dan pentadbiran TDDB, di samping menyediakan rangkaian kenderaan yang diyakini bagi meningkatkan mobiliti serta mengukuhkan kesiapsiagaan operasi secara keseluruhan.