PENANJONG GARRISON, Wednesday, 3rd June 2026 – The Field Headquarters, Royal Brunei Land Forces (Field HQ RBLF), organised an educational visit for military cadets of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) from various secondary schools and colleges held at the Al-Wafrah Hall, Penanjong Garrison.
The programme commenced with a welcome remark, followed by a series of briefings which highlight the roles, functions, and operational capabilities of the various sub-units under the purview of Field HQ RBLF. Among the main programmes of the visit was a static display featuring various RBLF assets and equipment, providing an understanding of its importance, how they are deployed in different settings, and their role in supporting national security efforts. The visit is aimed at exposing the cadets to career prospects within the RBLF and further enhancing their knowledge to better understand the profession.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI KADET TENTERA ABDB
PENANJONG GARISON, Rabu, 03 Jun 2026 – Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (Markas Medan TDDB) telah mengendalikan lawatan sambil belajar bagi ahli-ahli Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) daripada pelbagai sekolah menengah dan maktab yang berlangsung di Dewan Al-Wafrah, Penanjong Garison.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan beberapa taklimat yang mengetengahkan peranan, fungsi serta keupayaan operasi pelbagai sub-unit di bawah naungan Markas Medan TDDB. Antara program utama lawatan ialah pameran statik yang menampilkan pelbagai aset dan peralatan TDDB, yang memberikan kefahaman tentang kepentingannya, penggunaannya dalam persekitaran yang berbeza, dan peranannya dalam mendokong usaha keselamatan negara. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mendedahkan ahli-ahli kadet kepada prospek kerjaya di dalam TDDB dan meningkatkan lagi pengetahuan mereka untuk lebih memahami profesion tersebut dengan lebih baik.