Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

BRITISH FORCES BRUNEI WINCH MEDIC LOCAL CLINICAL INDUCTION COURSE

TUKER LINES, SERIA, Friday, 05th June 2026 – Corporal Mohammad Junaid bin Haji Mohamad Kassim, Medical Assistant from the Medical Services Royal Brunei Land Forces (RBLF), participated in the Winch Medic Local Clinical Induction Course conducted by the British Forces Brunei (BFB) at the Primary Care Medical Facility (PCMF), Tuker Lines, Seria from 1 June 2026 to 5 June 2026. The course was also attended by representatives from BFB, the Emergency Department of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, and the Emergency Medical Ambulance Service (EMAS).

As part of the programme, participants conducted a familiarisation visit and mission simulation activities at RIPAS Hospital, involving the hospital's helicopter landing area, EMAS, the Emergency Department, and mortuary services. The activity provided participants with a practical understanding of the casualty care pathway and inter-agency coordination required during aeromedical evacuation operations. The course was designed to prepare medical personnel for aeromedical evacuation and helicopter winching operations in support of military operations and emergency response requirements. Training included classroom instruction, aircraft familiarisation, casualty transfer procedures, clinical simulations, jungle scenarios, and hospital-based training.

Participation in the course was highly beneficial in strengthening interoperability and professional collaboration between Medical Services RBLF, the Ministry of Health, and BFB. Through exposure to aeromedical evacuation procedures, patient handover processes, and inter-agency mission rehearsal activities involving RIPAS Hospital and EMAS, the medical personnel gained valuable operational knowledge and practical skills that will contribute towards enhancing medical readiness and emergency response capabilities within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). This engagement further reflects the continued commitment of Medical Services RBLF towards developing competent and adaptable medical personnel capable of operating effectively in joint, inter-agency, and multinational operations.

KURSUS WINCH MEDIC LOCAL CLINICAL INDUCTION ANJURAN BRITISH FORCES BRUNEI (BFB)

TUKER LINES, SERIA, Jumaat, 05 Jun 2026 – Koperal Mohammad Junaid bin Haji Mohamad Kassim, Pembantu Perubatan dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menyertai Kursus Winch Medic Local Clinical Induction yang dikendalikan oleh British Forces Brunei (BFB) di Primary Care Medical Facility (PCMF), Tuker Lines, Seria, dari 1 Jun 2026 hingga 5 Jun 2026. Kursus tersebut turut disertai oleh wakil daripada BFB, Jabatan Kecemasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), dan Perkhidmatan Ambulans Perubatan Kecemasan (Emergency Medical Ambulance Service, EMAS).

Sebagai sebahagian daripada program tersebut, para peserta telah mengadakan lawatan pengenalan serta aktiviti latihan simulasi misi di Hospital RIPAS yang melibatkan kawasan pendaratan helikopter hospital, EMAS, Jabatan Kecemasan dan perkhidmatan mortuari. Aktiviti tersebut memberikan para peserta kefahaman praktikal mengenai rantaian penjagaan pesakit serta koordinasi antara agensi yang diperlukan semasa operasi pemindahan perubatan udara (aeromedical evacuation). Kursus ini direka bagi mempersiapkan anggota perubatan untuk melaksanakan operasi pemindahan perubatan udara dan operasi penyelamatan menggunakan sistem winch helikopter bagi menyokong keperluan operasi ketenteraan dan tindak balas kecemasan. Latihan yang dijalankan merangkumi sesi pembelajaran dalam kelas, pengenalan pesawat, prosedur pemindahan pesakit, simulasi klinikal, latihan dalam persekitaran hutan serta latihan berasaskan hospital.

Penyertaan dalam kursus ini amat bermanfaat dalam memperkukuhkan interoperabiliti dan kerjasama profesional antara Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, Kementerian Kesihatan serta BFB. Melalui pendedahan kepada prosedur pemindahan perubatan udara, proses serah terima pesakit serta aktiviti latihan simulasi misi antara agensi yang melibatkan Hospital RIPAS dan EMAS, anggota perubatan telah memperoleh pengetahuan operasi dan kemahiran praktikal yang bernilai yang akan menyumbang ke arah peningkatan kesiapsiagaan perubatan dan keupayaan tindak balas kecemasan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Penglibatan ini turut mencerminkan komitmen berterusan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dalam membangunkan anggota perubatan yang kompeten dan adaptif serta berupaya beroperasi secara berkesan dalam operasi bersama, antara agensi dan pelbagai negara.