RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 31st May 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consented to attend the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary Celebration held at Rimba Air Force Base, Royal Brunei Air Force (RBAirF). Accompanying His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office; His Royal Highness Prince 'Abdul Malik; and His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (Udara) Prince 'Abdul Mateen.
A total of 214 RBLF personnel participated in the parade under the command of Lieutenant Colonel Pengiran Khairollah bin Pengiran Haji Zainal as the Contingent Commander 1 and Major Muhammad Rafie bin Haji Abd Wahid as the Contingent Commander 2, while the RBLF Colour Flag bearers from the First Battalion RBLF were led by Lieutenant Haji Abdul Wa'ie bin Haji Tamin.
In conjunction with the RBAF 65th Anniversary Celebration, His Majesty in His Titah has consented to the establishment of the RBLF Combined Arms Training Centre (CATC), which integrates all RBLF branches of training for operational competency under a single command. Aside from the parade, the RBLF has participated in the Special Operations Capability Demonstration by the RBLF Commando, alongside other Special Forces units within the RBAF. This year's event, the RBLF, also features the RBLF Capability Development Exhibition, a static display of its assets, capabilities, and equipment and provides dental as well as health services to the public.
















TDDB MENYERTAI SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-65 ABDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 31 Mei 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Upacara Hari Kemuncak sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) Ke-65 yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Paduka-Paduka Anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Seramai 214 anggota TDDB telah mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Pengiran Khairollah bin Pengiran Haji Zainal selaku Ketua Kawalan 1 dan Mejar Muhammad Rafie bin Haji Abd Wahid sebagai Ketua Kawalan 2, manakala rombongan Panji-panji daripada Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) diketuai oleh Leftenan Haji Abdul Wa'ie bin Haji Tamin.
Sempena Sambutan Ulang Tahun ABDB ke-65, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam Titah Baginda telah memperkenankan penubuhan Pusat Latihan Gabungan Tempur (PULGAT) TDDB yang menggabungkan kesemua cawangan latihan kompetensi operasi TDDB di bawah satu pemerintahan. Selain perbarisan, TDDB turut mengambil bahagian dalam Demonstrasi Keupayaan Gerak Khas oleh Komando TDDB, bersama-sama unit Pasukan Khas ABDB yang lain. Acara tahun ini, TDDB, juga menampilkan pameran Perkembangan Keupayaan Tentera TDDB, pameran statik bagi aset, keupayaan dan peralatannya serta menyediakan khidmat pergigian serta kesihatan kepada orang ramai.