BERAKAS GARRISON, Thursday, 28th May 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) celebrated the Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah with the Sunat Hari Raya Aidiladha prayer this morning. Present at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison, as the focal event was Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander RBLF. Similar events were simultaneously held at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, attended by respective Commanding Officers, Officers and personnel, while the Field Headquarters RBLF and School of Infantry RBLF attended at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.
The event at Surau Al-Fa'izun commenced with the recitation of Hari Raya Takbir followed by the Sunat Hari Raya Aidiladha prayer led by Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Fa'izun. This was then proceeded with a special sermon in conjunction with Hari Raya Aidiladha delivered by Imam Hj Md Anndy @ Rafaie bin Shaile. This year's sermon emphasised the values of sacrifice, obedience and gratitude, and further highlighted that the pilgrimage of Hajj as well as the exemplary obedience of Prophet Ibrahim AS and Prophet Ismail AS, serve as enduring lessons in strengthening responsibility, steadfastness in fulfilling Allah SWT's commands, sacrifice in the service of religion and nation, as well as nurturing families founded upon strong moral and spiritual values.
The celebration of Hari Raya Aidiladha signifies a day for Muslims to glorify Asma Allah through Takbir, Tahmid and Tasbih whilst upholding the Islamic syiar through performing the ibadah korban.












TDDB MENUNAIKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 1447 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Khamis, 28 Mei 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha pagi tadi. Hadir di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison iaitu acara tumpuan ialah Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB. Acara seumpamanya turut diadakan secara serentak di semua surau TDDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pemerintah, pegawai-pegawai serta anggota masing-masing, manakala Markas Medan TDDB dan Sekolah Infantri TDDB di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Acara di Surau Al-Fa'izun dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya diikuti dengan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha yang dipimpin oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Fa'izun. Acara kemudiannya diteruskan dengan khutbah khas sempena Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile. Khutbah tahun ini menekankan nilai pengorbanan, ketaatan dan kesyukuran, dan seterusnya turut mengingatkan bahawa ibadah haji serta kisah ketaatan Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS menjadi teladan dalam memperkukuhkan semangat tanggungjawab, kepatuhan kepada perintah Allah SWT, pengorbanan demi agama dan negara serta pembentukan keluarga yang berteraskan akhlak dan nilai keimanan.
Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan hari bagi umat Islam mengagungkan Asma Allah dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih di samping menegakkan syiar Islam melalui pelaksanaan ibadah korban.