BERAKAS GARRISON, Wednesday, 27 May 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held the Takbir Raya Aidiladha 1447 Hijrah simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Present at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander RBLF.
The event commenced with the congregational Fardhu Isya' prayer, and the recitation of Doa led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile. This was followed by Hari Raya Takbir led by Commander RBLF, and proceeded with a Tazkirah titled “Takbir Mengiringi Keimanan" delivered by Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Fa'izun.
The event concluded with the recitation of Doa Allah Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam and Selawat Qiam. This annual event serves as a platform for the RBLF to enliven the spirit of Hari Raya Aidiladha by encouraging the recitation of Takbir and performing recommended acts of worship as a means of expressing gratitude for all the blessings of Allah Subhanahu wa Ta'ala.

.jpeg)



.jpeg)

TDDB MENGADAKAN TAKBIR RAYA AIDILADHA 1447 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Rabu, 27 Mei 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Takbir Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah secara serentak di seluruh surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan acara utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah, diikuti dengan bacaan Doa oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile. Majlis seterusnya disusuli dengan laungan Takbir Hari Raya yang dipimpin oleh Pemerintah TDDB dan diikuti dengan satu tazkirah bertajuk “Takbir Mengiringi Keimanan" yang disampaikan oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Fa'izun.
Acara diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Qiam. Majlis ini merupakan acara tahunan TDDB sebagai wadah bagi sama-sama menyemarakkan Hari Raya Aidiladha melalui memperbanyakkan laungan Takbir serta melakukan ibadah-ibadah sunat dalam menzahirkan rasa syukur di atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.