Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE LATMA KERIS SATRIA 17/2026 OPENING CEREMONY

BANGAR CAMP, Tuesday, 21st April 2026 – The Opening Ceremony of Exercise LATMA KERIS SATRIA 17/2026 was held at 'E' Company, First Battalion, Royal Brunei Land Forces (RBLF), Bangar Camp. This bilateral exercise between the 1Bn RBLF and Infantry Battalion 614/Raja Pandhita (Yonif 614/RJP), Indonesian Army will be conducted from 20th April to 28th April 2026. The opening was officiated by the Commanding Officer of 1Bn RBLF, and Lieutenant Colonel Ary Prasetiawan, Commandant of Yonif 614/RJP.

The ceremony commenced with an inspection of the parade, followed by opening remarks delivered by both Commanding Officers. The Commanding Officer of 1Bn RBLF warmly welcomed the participation of Yonif 614/RJP personnel and expressed confidence that the exercise would achieve its training objectives. He also further encouraged all participants to demonstrate full commitment and professionalism throughout the exercise. The Commandant of Yonif 614/RJP, meanwhile, expressed his appreciation for the opportunity to participate in the exercise, highlighting LATMA KERIS SATRIA as a key platform in strengthening bilateral military cooperation. He emphasised that the exercise is designed to enhance professional competencies in preparation for future challenges, while fostering mutual trust and camaraderie between both armies.

Exercise LATMA KERIS SATRIA is an annual exercise between the RBLF and Indonesian Army on a rotational basis, aimed not only to strengthen practical military cooperation but also to enhance combat readiness and tactical interoperability between the two armies.

UPACARA PEMBUKAAN EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA 17/2026

PERKHEMAHAN BANGAR, Selasa, 21 April 2026 – Upacara Pembukaan Eksesais LATMA KERIS SATRIA 17/2026 telah diadakan di Kompeni 'E', Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Perkhemahan Bangar. Eksesais dua hala di antara 1Bn TDDB dan Batalyon Infanteri 614/Raja Pandhita (Yonif 614/RJP), Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) ini akan dilaksanakan dari 20 April hingga 28 April 2026. Upacara Pembukaan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, dan Leftenan Kolonel Ary Prasetiawan, Komandan Yonif 614/RJP.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua Pegawai Pemerintah. Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dalam ucapannya mengalukan-alukan penyertaan anggota Yonif 614/RJP dan menyatakan keyakinan bahawa eksesais ini akan mencapai objektif latihannya. Beliau juga menggalakkan agar semua anggota yang terlibat memberikan komitmen dan profesionalisme yang tinggi sepanjang eksesais berlangsung. Sementara itu, Komandan Yonif 614/RJP merakamkan penghargaan di atas peluang menyertai eksesais tersebut dan menyatakan Eksesais LATMA KERIS SATRIA sebagai platform penting dalam mengukuhkan kerjasama ketenteraan dua hala. Beliau turut menegaskan bahawa eksesais ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan profesional anggota dalam menghadapi cabaran masa hadapan, di samping memupuk kepercayaan serta semangat setiakawan antara kedua-dua tentera darat.

Eksesais LATMA KERIS SATRIA merupakan eksesais yang dilaksanakan setiap tahun di antara TDDB dan TNI-AD secara bergilir-gilir, yang bertujuan bukan sahaja untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan praktikal tetapi juga untuk meningkatkan kesediaan tempur dan interoperabiliti taktikal antara kedua-dua tentera darat.