Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

CLOSING CEREMONY OF THE ADVANCED ENGINEER COURSE

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 15 April 2026 – The closing ceremony for the Advanced Engineer Course was held at the Engineer Regiment Headquarters, Royal Brunei Land Forces (Engr Regt RBLF), Penanjong Garrison. A total of 25 participants completed the nine-week course, which ran from 6 February 2026 to 15 April 2026. The cohort comprised personnel from the Engr Regt RBLF and the Assault Pioneer Platoons from both the First and Second Battalions (1Bn and 2Bn) of the RBLF. The course was conducted by the Basic Engineer Wing, School of Engineers, Engr Regt RBLF. The closing was officiated by Major Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Acting Commanding Officer of Engr Regt RBLF.

 

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a course review delivered by Captain Awangku Muhd Nur'Syafiq Adha bin Pengiran Roslan, Training Officer of the Basic Engineer Wing. The highlight of the event was the presentation of certificates and individual recognition to the top-performing course participants. The Best Practical Award was presented to Corporal Mohammad Arraffie bin Noorzali from the 2Sqn Engr Reg RBLF, while Corporal Md Khairul Izzuddin bin Haji Matusin, 1Bn RBLF was awarded both the Best Theory Award and the Overall Best Award.

 

This mandatory course is aimed at developing highly competent engineers encompassing leadership, project management, operational supervision and focuses on mastering instructional methods through the Explanation, Demonstration, Imitation, and Practice (EDIP) concept, ensuring that participants can systematically train and assess subordinate personnel. This year's course also marked a significant milestone with the inaugural introduction of a Method of Instruction (MOI) programme in collaboration with the Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). This initiative was designed to enhance participants' understanding and capability in fulfilling their roles and responsibilities, in line with the quality standards required within the RBAF.

 

MAJLIS PENUTUP KURSUS JURUTERA LANJUTAN

 

PENANJONG GARISON, Rabu, 15 April 2026 – Majlis penutup bagi Kursus Jurutera Lanjutan telah diadakan di Markas Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (RJ TDDB), Penanjong Garison. Seramai 25 peserta kursus yang terdiri daripada RJ TDDB serta Platun Rintis Serang daripada Batalion Pertama dan Batalion Kedua (1Bn dan 2Bn TDDB) telah menamatkan kursus tersebut selama sembilan minggu, yang dikendalikan oleh Cawangan Jurutera Asas, Sekolah Kejuruteraan, RJ TDDB bermula dari 6 Februari 2026 hingga 15 April 2026. Acara penutup telah disempurnakan oleh Mejar Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Pemangku Pegawai Pemerintah RJ TDDB.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ulasan kursus yang disampaikan oleh Kapten Awangku Muhd Nur'Syafiq Adha bin Pengiran Roslan, Pegawai Latihan Cawangan Jurutera Asas, Sekolah Jurutera, RJ TDDB. Acara kemuncak majlis tersebut adalah penyampaian sijil dan pengiktirafan individu kepada peserta kursus yang menunjukkan prestasi cemerlang. Anugerah Penuntut Terbaik Praktikal telah diberikan kepada Koperal Mohammad Arraffie bin Noorzali dari 2Skn RJ TDDB, manakala Koperal Md Khairul Izzuddin bin Haji Matusin, 1Bn TDDB, telah berjaya merangkul kedua-dua Anugerah Penuntut Terbaik Teori dan Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan.

 

Kursus mandatori ini adalah bertujuan untuk melahirkan jurutera yang kompeten merangkumi kepimpinan, pengurusan projek, penyeliaan operasi dan memberi tumpuan kepada penguasaan kaedah arahan melalui konsep Penerangan, Demonstrasi, Peniruan, dan Amalan (EDIP), bagi memastikan para peserta dapat melatih dan menilai anggota bawahan secara sistematik. Kursus kali ini juga mencatatkan mercu tanda penting dengan pengenalan program Method of Instruction (MOI) buat pertama kalinya dengan kerjasama Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Inisiatif ini dirancang untuk meningkatkan kefahaman dan keupayaan peserta dalam memenuhi peranan serta tanggungjawab mereka, selaras dengan piawaian dan kualiti yang diperlukan oleh ABDB.