Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIVE UBD STUDENTS COMPLETED DISCOVERY YEAR ATTACHMENT

BOLKIAH GARRISON, Friday, 17th April 2026 – Five nursing undergraduates from Universiti Brunei Darussalam (UBD) have completed a three-month Discovery Year attachment with the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF) at Bolkiah Garrison from 12th January to 18th April 2026.

Throughout the attachment, the students were primarily attached to the Medical Reception Stations (MRS), where they gained hands-on clinical experience in military healthcare settings. Their involvement included assisting in triage and clinical assessments, as well as supporting recruitment medical screenings. The Discovery Year forms part of UBD's GenNEXT Programme, which aims to provide students with experiential learning opportunities beyond the classroom. The programme supports the development of students' personal, academic, and professional competencies through workplace exposure and community engagement at both local and international levels.

LIMA PELAJAR UBD TAMAT PENEMPATAN DISCOVERY YEAR

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 17 April 2026 – Lima mahasiswa dan mahasiswi kejururawatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menamatkan penempatan Program Discovery Year selama tiga bulan bersama Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dari 12 Januari hingga 18 April 2026 bertempat di Bolkiah Garison.

Sepanjang tempoh penempatan, para mahasiswa dan mahasiswi telah ditempatkan di pusat-pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan, di mana mereka memperoleh pengalaman klinikal secara langsung dalam persekitaran perubatan ketenteraan. Penglibatan mereka merangkumi bantuan dalam triage, penilaian klinikal, serta sokongan bagi pemeriksaan perubatan pengambilan rekrut. Program Discovery Year merupakan sebahagian daripada inisiatif GenNEXT UBD yang bertujuan menyediakan peluang pembelajaran berasaskan pengalaman di luar persekitaran universiti. Program ini menyokong pembangunan peribadi, akademik dan profesional mahasiswa melalui pendedahan di tempat kerja serta penglibatan dalam komuniti di peringkat tempatan dan antarabangsa.