KUALA LUMPUR, Tuesday, 21 April 2026 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) attended the 19th Defence Services Asia 2026 (DSA 2026), the 4th National Security Asia 2026 (NATSEC Asia 2026) Exhibition, and the 8th Putrajaya Forum, held from 20 to 23 April 2026 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia.
The DSA, hosted, supported, and co-organised by the Ministry of Defence of Malaysia and DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, is recognised as one of Asia's premier defence and homeland security exhibitions. It features advanced technologies, systems, military hardware, and electronic warfare capabilities from leading global industry players. The exhibition is held biennially, with the previous edition held in 2024.
The opening ceremony of the exhibition was officiated by Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia. Held alongside NATSEC Asia 2026, the event brought together approximately 1,400 companies from 60 countries and attracted around 50,000 trade visitors from 114 countries, as well as some 500 official delegations representing 40 countries.
The RBLF Commander also attended the 8th Putrajaya Forum, held on the sidelines of DSA 2026 and NATSEC Asia 2026, which featured a Royal Keynote address delivered by Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, under the theme 'ASEAN Security at the Edge of Emerging Technologies'. The Forum is an international defence and security conference that brings together policymakers, defence and security agencies, think tanks, and academicians to discuss regional and international issues.





PEMERINTAH TDDB MENGHADIRI PAMERAN DSA 2026 KE-19, NATSEC ASIA 2026 KE-4, DAN FORUM PUTRAJAYA KE-8
KUALA LUMPUR, Selasa, 21 April 2026 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Pameran Defence Services Asia 2026 (DSA 2026) ke-19, National Security Asia 2026 (NATSEC Asia 2026) ke-4, dan Forum Putrajaya ke-8, yang berlangsung dari 20 hingga 23 April 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia.
Pameran DSA, yang dihoskan, disokong dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, diiktiraf sebagai antara pameran pertahanan dan keselamatan dalam negeri terkemuka di Asia. Pameran ini menampilkan teknologi termaju, sistem, aset ketenteraan dan keupayaan peperangan elektronik daripada pemain industri global terkemuka. Pameran ini diadakan secara dwitahunan, dengan edisi terdahulu berlangsung pada tahun 2024.
Majlis perasmian pembukaan pameran telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Diadakan serentak dengan NATSEC Asia 2026, acara ini menghimpunkan kira-kira 1,400 syarikat dari 60 negara serta menarik sekitar 50,000 pengunjung perdagangan dari 114 negara, di samping kira-kira 500 delegasi rasmi mewakili 40 negara.
Pemerintah TDDB turut menghadiri Forum Putrajaya ke-8 yang diadakan bersempena DSA 2026 dan NATSEC Asia 2026, yang menampilkan Titah Ucaptama Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dengan tema “ASEAN Security at the Edge of Emerging Technologies". Forum tersebut merupakan sebuah persidangan antarabangsa mengenai pertahanan dan keselamatan yang menghimpunkan penggubal dasar, agensi pertahanan dan keselamatan, badan pemikir serta ahli akademik bagi membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa.