BERAKAS GARRISON, Monday, 16th February 2026 – In conjunction with the 52nd birthday celebration of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, the Ministry of Defence held a Doa Kesyukuran ceremony simultaneously at all Royal Brunei Armed Forces' suraus with the focal event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. The Royal Brunei Land Forces (RBLF) also held a similar ceremony concurrently across all RBLF camps, including Pulau Baru-Baru Mosque.
The ceremony commenced with the congregational Fardhu Maghrib prayer and Sunat Hajat prayer, followed by the recitation of Surah Yassin. To bless the event, a Special Doa in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince's 52nd birthday celebration was read, prior to concluding with the Fardhu Isya' prayer.










MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-52 TAHUN
BERAKAS GARISON, Isnin, 16 Februari 2026 – Sempena sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang ke-52 tahun, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran secara serentak di semua surau perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) turut mengadakan majlis tersebut secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat, diikuti dengan bacaan Surah Yassin. Bagi memberkati majlis, Doa Khusus sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-52 tahun telah dibacakan sebelum diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah.