PENANJONG GARRISON, Friday, 2nd January 2026 – The Second Squadron, (Chemical, Biological, Radiological and Explosive), Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (2Sqn CBRE Engr Regt RBLF) held a closing ceremony for the 9th Intake of the CBRE selection at the First Squadron (Field), Engr Regt RBLF Headquarters in Penanjong Garrison. The selection was conducted over a period of five (05) weeks, from 1st December 2025 until 2nd January 2026. In attendance to officiate the closing was Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Engr Regt Commanding Officer.
A total of three officers and eight personnel from Field Headquarters RBLF, First, Second and Third Battalion RBLF, Royal Guard Regiment and Engr Regt had had successfully completed the selection. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a course review delivered by Captain Muhammad Athhar Ridzwan bin Haji Muhammad Alamizan, Operation Officer 2Sqn CBRE Engr Regt, highlighting the overall progress demonstrated by all candidates throughout the selection period. The closing continued with the presentation of 2Sqn CBRE patches and was followed by remarks from the Commanding Officer, who emphasised the importance of continuously applying and utilising the knowledge and skills gained throughout the selection process as guidance in carrying out duties and addressing contemporary challenges.
The selection was conducted as a structured and rigorous screening process to identify officers and personnel who possess the mental resilience, physical endurance, high discipline, and sound judgment required to operate in a high-risk CBRE environment.










PEMILIHAN KBRL BAGI PENGAMBILAN KE-9
PENANJONG GARISON, Jumaat, 02 Januari 2026 – Skuadron Kedua (Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan), Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (2Skn KBRL RJ TDDB) telah mengadakan acara penutup bagi pemilihan KBRL pengambilan ke-9, bertempat di Markas Skuadron Pertama (Medan), RJ TDDB di Penanjong Garison. Pemilihan ini telah berlangsung selama lima (05) minggu, bermula pada 01 Disember 2025 hingga 02 Januari 2026. Hadir bagi menyempurnakan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pegawai Pemerintah RJ.
Seramai tiga pegawai dan lapan Lain-Lain Peringkat dari Markas Medan TDDB, Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga TDDB, Rejimen Pengawal Diraja, dan RJ TDDB telah berjaya menamatkan pemilihan tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ulasan yang disampaikan oleh Kapten Muhammad Athhar Ridzwan bin Haji Muhammad Alamizan, Pegawai Gerakan 2Skn KBRL RJ TDDB, yang telah menyampaikan progress keseluruhan semua calon disepanjang tempoh pemilihan dijalankan. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian lencana 2Skn KBRL, diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah RJ, yang menekankan kepentingan untuk terus mempraktikkan serta memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang proses pemilihan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan menghadapi cabaran semasa.
Pemilihan ini dilaksanakan sebagai satu proses saringan yang tersusun dan ketat bagi mengenal pasti pegawai dan anggota yang memiliki ketahanan mental, daya tahan fizikal, disiplin tinggi serta keupayaan membuat pertimbangan yang tepat dalam persekitaran operasi KBRL yang berisiko tinggi.