BELAIT, Saturday, 27th December 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) partook in the Belait District Cleanliness Campaign 2025, which was organised through the collaboration of Calibration Centre, Ministry of Defence (MINDEF); Defence Information Technology Unit, MINDEF; and Third Battalion, RBLF. The campaign was conducted under the concept “Promoting shared responsibility and the spirit of gotong-royong as a symbol of community unity, particularly in the Belait District" and themed “Caring Community, Preserved Nature." The campaign launch at Taman Jubli Perak, Kuala Belait was officiated by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II.
The programme commenced with a group photo session, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and a tazkirah delivered Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), entitled “Menguatkan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong" highlighting the importance of cooperation and unity in strengthening community harmony. This was followed by awareness talks delivered by representatives from the Department of Environment, Parks and Recreation, the Ministry of Health, and the Ministry of Primary Resources and Tourism. An exhibition was also held which displayed waste management, public health, environmental conservation, and sustainable practices. Prior to the commencement of cleaning activities, a safety briefing and light exercise session were conducted to ensure the safety and well-being of all participants.
A total of 3,470.8 kilograms of waste, comprising general waste, recyclable materials and bulk items, was successfully collected during the campaign, reflecting the strong collective effort and commitment of all participating parties.
RBLF officers and personnel worked in close coordination with government agencies, private sector organisations, volunteer groups and local residents in conducting cleaning operations at several designated locations, including public parks, residential areas and shared community spaces. The involvement of RBLF reflects its continued role in supporting whole-of-government initiatives and in strengthening civil–military cooperation through community-based and environmental programmes.
The campaign not only contributed to enhancing the cleanliness of Belait District but also reinforced the value of shared responsibility among the community. RBLF's participation demonstrates its continued commitment to supporting national initiatives beyond its core defence role, while fostering unity, discipline and social responsibility within the community.














TDDB SERTAI KEMPEN KEBERSIHAN DI DAERAH BELAIT BAGI TAHUN 2025
BELAIT, Sabtu, 27 Disember 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Kempen Kebersihan Tahun 2025 di Daerah Belait yang dianjurkan melalui kerjasama Pusat Kalibrasi, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Unit Teknologi Maklumat Pertahanan, KEMENTAH, serta Batalion Ketiga TDDB. Kempen ini telah dilaksanakan dengan konsep “Menekankan nilai tanggungjawab bersama dan semangat gotong-royong sebagai simbol penyatuan komuniti, khususnya di Daerah Belait" serta bertemakan “Komuniti Prihatin, Alam Terpelihara." Acara utama, yang diadakan di Taman Jubli Perak, telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Program dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti bacaan Surah Al-Fatihah dan penyampaian tazkirah oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), bertajuk “Menguatkan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong," yang menekankan kepentingan kerjasama dan perpaduan dalam memperkukuh keharmonian komuniti. Program diteruskan dengan ceramah kesedaran yang disampaikan oleh wakil Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Kesihatan, serta Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Sebuah pameran berkaitan pengurusan sisa, kesihatan awam, pemuliharaan alam sekitar dan amalan lestari turut diadakan. Sebelum aktiviti dilaksanakan, satu taklimat keselamatan serta senaman ringan telah dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.
Sebanyak 3,470.8 kilogram sisa, yang merangkumi sisa am, bahan kitar semula dan barangan pukal, telah berjaya dikumpulkan sepanjang kempen ini, mencerminkan usaha bersepadu dan komitmen kukuh semua pihak yang terlibat.
Pegawai dan anggota TDDB telah bekerjasama rapat bersama agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan sukarelawan serta penduduk setempat dalam melaksanakan kempen kebersihan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan, termasuk taman awam, kawasan perumahan dan ruang komuniti. Penglibatan TDDB ini mencerminkan peranan berterusan pasukan tersebut dalam menyokong inisiatif kerajaan secara menyeluruh serta memperkukuh kerjasama awam–tentera melalui program berteraskan komuniti dan alam sekitar.
Kempen ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan tahap kebersihan di Daerah Belait, malah turut memperkukuh nilai tanggungjawab bersama di kalangan masyarakat. Penglibatan TDDB membuktikan komitmen yang berterusan dalam menyokong inisiatif kebangsaan di luar peranan teras pertahanan, di samping memupuk perpaduan, disiplin dan tanggungjawab sosial dalam komuniti.