BERAKAS GARRISON, Wednesday, 31 December 2025 – The Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, held a session with two officers and 12 other ranks from the RBLF who had successfully completed their peacekeeping mission with the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) under the Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by remarks from the RBLF Commander. In his remarks, he congratulated the officers and personnel on the successful completion of their UNIFIL mission and commended their commitment, professionalism and sacrifices demonstrated throughout the deployment, particularly during the challenging period of the conflict.
The RBLF Commander also expressed his appreciation to the families of the personnel for their unwavering support throughout the deployment period. He emphasised that the successful completion of the mission represents a significant achievement and reflects the dedication, resilience and high level of professionalism of RBLF personnel in fulfilling international peacekeeping responsibilities.



PEMERINTAH TDDB ADAKAN SESI PERJUMPAAN BERSAMA ANGGOTA TDDB MALBATT 850-12 BAGI MISI UNIFIL
BERAKAS GARISON, Rabu, 31 Disember 2025 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama dua orang pegawai dan 12 anggota lain-lain peringkat daripada TDDB yang telah berjaya menamatkan penugasan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), di bawah Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan oleh Pemerintah TDDB. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada para pegawai dan anggota atas kejayaan menamatkan Misi UNIFIL dengan selamat serta berkesan. Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen, pengorbanan dan tahap profesionalisme tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh penugasan, khususnya dalam situasi konflik yang mencabar.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga anggota yang terlibat atas sokongan padu dan berterusan sepanjang tempoh penugasan di luar negara. Pemerintah TDDB menegaskan bahawa kejayaan menamatkan misi ini merupakan satu pencapaian penting serta mencerminkan dedikasi, ketabahan dan keupayaan anggota TDDB dalam melaksanakan tanggungjawab pengaman di peringkat antarabangsa.