Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

3BN RBLF PARTICIPATES IN PENGHULU MUKIM AND KETUA KAMPUNG SENEGARA 2025 FESTIVAL DAERAH BELAIT

​KUALA BELAIT, Sunday, 9th November 2025 â€” The Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) participated in the Penghulu Mukim and Ketua Kampung Senegara 2025 Festival Belait District, held at the Old Post Office, Jalan McKerron, Belait District.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman, Minister of Home Affairs. Also in attendance were officers and personnel of 3Bn RBLF, representatives of other government agencies, and the public. The festival commenced with a cycling activity, which started and ended at the Old Post Office, Jalan McKerron, covering a total distance of 8 kilometres.

The event then proceeded with the official opening of the Satu Kampung Satu Produk (1K1P) exhibition and the launching of the Penghulu Mukim and Ketua Kampung Senegara 2025 Festival, Belait District. The event also witnessed band performances from the 3Bn RBLF Pipe and Drum Platoon and the Prison Department. Additional activities include a Tug of War competition and a drone racing competition. Such an event played a significant role in strengthening ties among the locals, particularly in the Belait District, while fostering collaboration and engagement between the local community and stakeholders, including officers and personnel of 3Bn RBLF.







3BN MENYERTAI FESTIVAL PENGHULU AND KETUA KAMPUNG SENEGARA 2025

KUALA BELAIT, Ahad, 9 November 2025 â€” Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah menyertai Festival Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Senegara 2025, Daerah Belait yang diadakan di Pejabat Pos Lama, Jalan McKerron, Daerah Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota 3Bn TDDB, wakil-wakil agensi kerajaan yang lain serta orang ramai. Festival dimulakan dengan aktiviti berbasikal yang bermula dan berakhir di Pejabat Pos Lama, Jalan McKerron, dengan jarak keseluruhan 8 kilometer.

Acara kemudian diteruskan dengan pembukaan rasmi pameran Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan pelancaran Festival Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Senegara 2025, Daerah Belait. Acara itu turut menyaksikan persembahan pancaragam daripada Platun Serunai dan Tambur 3Bn TDDB dan Jabatan Penjara. Aktiviti lainnya termasuk pertandingan Tarik Kalat dan pertandingan perlumbaan dron. Acara seumpanya memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan di kalangan rakyat Brunei Darussalam, khususnya di Daerah Belait, di samping memupuk kerjasama dan penglibatan antara masyarakat setempat dan pihak berkepentingan, termasuk pegawai-pegawai dan anggota 3Bn TDDB.