Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF FINAL SWIMMING AND WATER POLO CHAMPIONSHIP 2025

LUMUT CAMP, Friday, 7th November 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held the Final Swimming and Water Polo Championship 2025 at the Lumut Camp Swimming Pool, attended by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF. The championship was conducted from 19th September to 7th  November 2025.

Participating units include the First, Second and Third Battalion, Combat Service Support, Combined Team 1 comprising personnel from the Field Headquarters, Company Field HQ, Engineer Regiment, Armoured Reconnaissance Squadron and Combat Boat Squadron, and Combined Team 2 consisting of personnel from RBLF HQ, Medical Services, Dental Services, Royal Guard Regiment, and the School of Infantry.

In the swimming event, the First Battalion dominated the finals, claiming the overall championship with 9 Gold, 1 Silver and 1 Bronze medals.  Meanwhile, the Third and Second Battalions finished second and third, respectively.  As for the water polo event, the final was contested between the First Battalion and Combat Service Support, with the First Battalion emerging as champion, scoring 10-3, while the Third Battalion won third place.














KEJOHANAN RENANG DAN POLO AIR 2025 PERINGKAT TDDB

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 7 November 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Kejohanan Akhir Renang dan Polo Air 2025 bertempat di Kolam Renang Perkhemahan Lumut, yang dihadiri oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB. Kejohanan tersebut dijalankan dari 19 September hingga 7 November 2025.

Unit-unit yang mengambil bahagian terdiri daripada Batalion Pertama,  Kedua dan Batalion Ketiga, Khidmat Bantuan Kombat, Pasukan Gabungan 1 yang terdiri daripada anggota Markas Medan, Kompeni Markas Medan, Rejimen Jurutera, Skuadron Kereta Perisai Peninjau dan Skuadron Bot Tempur, dan seterusnya Pasukan Gabungan 2 yang terdiri daripada anggota Markas TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Pergigian, Rejimen Pengawal Diraja dan Sekolah Infantri.

Dalam acara renang, Batalion Pertama telah memenangi pusingan akhir, dan merebut juara keseluruhan dengan 9 pingat Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa.  Sementara itu, Batalion Ketiga dan Kedua masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.  Bagi acara polo air pula, perlawanan akhir telahpun dipertandingkan antara Batalion Pertama dan Khidmat Bantuan Kombat, yang mana Batalion Pertama muncul juara dengan jaringan 10-3, manakala Batalion Ketiga memenangi tempat ketiga.​