Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL GUARDS REGIMENT CELEBRATES ITS 3RD ANNIVERSARY

​SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 7th November 2025 — The Royal Guards Regiment of the Royal Brunei Land Forces (RGdR RBLF) celebrated its 3rd Anniversary with an event held at Sungai Akar Camp. The event was attended by Major Haji Hazimin bin Haji Abdullah, RGdR Commanding Officer, along with Officers and personnel of the RGdR.

The celebration commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech from the Commanding Officer. In his speech, he expressed appreciation in the unit's achievement and commended the personnel for their discipline, professionalism, and dedication in performing their royal ceremonial duties. He also emphasised the importance of teamwork, maintaining high standards, and upholding the organisation's principles and values. The event concluded with a group photo, cake-cutting session and the recitation of Doa Selamat.

Established on 4th November 2022, the RGdR is a specialised unit under the RBLF, primarily responsible for performing ceremonial duties for Royal events and state occasions.

REJIMEN PENGAWAL DIRAJA SAMBUT ULANG TAHUN KE-3

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Jumaat, 7 November 2025 — Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) menyambut hari ulang tahun ke-3 dengan acara yang diadakan di Perkhemahan Sungai Akar. Acara tersebut  telah dihadiri oleh Mejar Haji Hazimin bin Haji Abdullah, Pegawai Pemerintah RPD, bersama Pegawai-Pegawai dan anggota RPD.

Sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan ke atas pencapaian unit tersebut dan semua anggota atas disiplin, profesionalisme dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tugas Istiadat Diraja. Beliau juga menekankan kepentingan mengenai kerjasama berpasukan, mengekalkan standard yang tinggi, dan menegakkan prinsip dan nilai-nilai organisasi. Acara diakhiri dengan bergambar ramai, sesi memotong kek dan bacaan Doa Selamat.

Ditubuhkan pada 4 November 2022, RPD ialah unit khusus di bawah TDDB yang bertanggungjawab terutamanya dalam melaksanakan tugas bagi Istiadat Diraja dan acara-acara negara.