SUBANG, MALAYSIA, Wednesday, 05th November 2025 - The United Nations Blue Beret Donning Ceremony for the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13 contingent was officially held at Subang Air Base, Shah Alam, Malaysia, attended by Yang Berbahagia General Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces. This ceremony marks the official deployment of MALBATT 850-13 contingent and the send-off for the first MALBATT 850-13 group to Lebanon, replacing MALBATT 850-12, which will conclude their tour with the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
The MALBATT 850-13 contingent to Lebanon will be implemented in four phases starting from 5th to 17th November 2025, involving a total of 532 personnel, while the return of the MALBATT 850-12 contingent from Lebanon to Malaysia is also scheduled in four phases, from 6th to 18th November 2025, involving a total of 852 personnel. The first deployment group of MALBATT 850-13 consists of 150 personnel from the Malaysian Armed Forces (MAF) and 3 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), led by Major Mohammad Ihya'uddin bin Haji Ishak.
The MALBATT 850-13 is the final contingent of the Malaysian Armed Forces to join the UNIFIL mission, following their involvement since 2007.




MAJLIS PEMAKAIAN BERET PBB BAGI KONTINJEN BATALION MALAYSIA 850-13
SUBANG, MALAYSIA, Rabu, 05 November 2025 – Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kontinjen Batalion Malaysia (Malaysian Battalion, MALBATT) 850-13 telah diadakan secara rasmi di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, Malaysia, yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Majlis ini menandakan atur gerak kontinjen MALBATT 850-13 dan penghantaran kumpulan MALBATT 850-13 pertama ke Lubnan, bagi menggantikan MALBATT 850-12 yang akan menamatkan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (United Nations Interim Force In Lebanon, UNIFIL).
Kontinjen MALBATT 850-13 ke Lubnan akan dilaksanakan dalam empat fasa bermula 5 hingga 17 November 2025, membabitkan keseluruhan 532 anggota manakala kepulangan kontinjen MALBATT 850-12 dari Lubnan ke Malaysia turut dijadualkan dalam empat fasa dari 6 hingga 18 November 2025 melibatkan seramai 852 anggota. Kumpulan pertama MALBATT 850-13 terdiri daripada 150 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 3 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai oleh Mejar Mohammad Ihya'uddin bin Haji Ishak.
MALBATT 850-13 menjadi kontinjen terakhir Angkatan Tentera Malaysia yang akan menyertai misi UNIFIL berikutan penglibatan mereka sejak 2007.