Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

GOLF CLASSIC TOURNAMENT IN CONJUNCTION WITH RBLF 63rd ANNIVERSARY

PANTAI MENTIRI GOLF CLUB, Saturday, 1st November 2025  The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Golf Classic Tournament was held today at Pantai Mentiri Golf Club, organised by the School of Infantry RBLF, in conjunction with the RBLF 63rd Anniversary. Present and participating in the tournament was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of RBLF.

A total of 44 players took part, comprising senior officers, officers, and personnel from the RBLF, the Ministry of Defence, and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The first place for the Open Category has been won by Major Pg Hj Mohd Razif bin Pg Hj Idros and Lieutenant Muhd Zaimirul bin Hj Zaini. The second place went to Lieutenant Almas Akalillie binti Kamis and Warrant Officer 1 (LFSM) Md Haswandi bin Hj Paun, while the third place was won by Major Khairul Faizin bin Hj Abd Gapar and Lieutenant Ahmad Ifwat bin Ahmad Basuni. 

The tournament aimed to foster interaction and strengthen camaraderie among officers and personnel through the sport of golf, while promoting well-being and work-life balance by engaging in healthy physical activities that instil the values of sportsmanship and discipline. In addition, proceeds from this golf tournament were also donated to the RBAF Veterans Association as a gesture of appreciation and solidarity for the association's continuous efforts in assisting the families and retired members of the RBAF.

KEJOHANAN GOLF KLASIK SEMPENA SAMBUTAN HUT TDDB KE-63

KELAB GOLF PANTAI MENTIRI, Sabtu, 01 November 2025 – Kejohanan Golf Klasik Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan hari ini bertempat di Kelab Golf Pantai Mentiri, anjuran Sekolah Infantri TDDB, sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke-63. Hadir dan menyertai kejohanan tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB.

Seramai 44 pemain telah mengambil bahagian yang terdiri daripada Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB, Kementerian Pertahanan serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Tempat pertama bagi Kategori Terbuka telah dimenangi oleh Mejar Pg Hj Mohd Razif bin Pg Hj Idros dan Leftenan Muhd Zaimirul bin Hj Zaini. Tempat kedua disandang oleh Leftenan Almas Akalillie binti Kamis dan Pegawai Waran 1 (LFSM) Md Haswandi bin Hj Paun, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mejar Khairul Faizin bin Hj Abd Gapar dan Leftenan Ahmad Ifwat bin Ahmad Basuni.

Perlawanan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pegawai dan anggota melalui sukan golf, di samping memupuk gaya hidup sihat serta keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan dengan menerapkan nilai kesukanan dan disiplin. Selain itu, kutipan dari kejohanan golf ini juga turut disumbangkan kepada Persatuan Veteran ABDB sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap usaha berterusan persatuan tersebut dalam membantu keluarga serta bekas anggota ABDB yang telah bersara.