LUMUT CAMP, Monday, 3rd November 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with its 64th Anniversary celebration at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque. Attending at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp, was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, along with RBLF senior officers, officers, and personnel.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fath, verses 1 to 5, by Private Md Farid Asraaf bin Md Masri from the Third Battalion RBLF, followed by a congregational Fardhu Maghrib prayer led by Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The event then continued with Sunnat Hajat prayer, recitation of Surah Yassin and Tahlil, prior concluding with Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, and Fardhu Isya' prayer.
The Doa Kesyukuran ceremony was held to express gratitude for the achievements accomplished over the year as well as the service rendered by RBLF, and further seek blessings for RBLF to fulfil its role in defending the nation's sovereignty.








TDDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-64
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin, 3 November 2025 –Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-64 TDDB yang diadakan di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fath ayat 1 hingga 5 oleh Soldadu Md Farid Asraaf bin Md Masri daripada Batalion Ketiga TDDB, diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis diteruskan dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin dan Tahlil, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah.
Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan bagi menzahirkan rasa syukur atas segala pencapaian yang telah diraih sepanjang tahun dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh TDDB, serta memohon keberkatan agar TDDB terus memainkan peranannya dalam mempertahankan dan menjaga kedaulatan negara.