BOLKIAH GARRISON, Sunday, 26th October 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) emerged as the overall champion in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Half Marathon and 10km Race 2025, held at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison. Participated alongside were the Royal Brunei Navy (RBN), the Royal Brunei Air Force (RBAirF), and the combined Ministry of Defence team made up of personnel from the Ministry of Defence, Joint Force Headquarters RBAF (JFHQ RBAF), Defence Academy RBAF (DA RBAF), Training Institute RBAF (TI RBAF) and Special Forces Regiment RBAF (SFR RBAF).
Present as the guest of honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the RBAF. Also in attendance were Services Commander, Joint Force Commander, Senior Officers, RBAF officers and personnel.
In the Men's 21km Team Event, this year's championship title was claimed by the RBLF, followed by the Combined Team and the RBN in second and third places respectively. Meanwhile, in the Women's 10km Team Event, the RBLF emerged as champion, with the RBAirF as runner-up and the Combined Team in third place.
For the individual events, the winners of the Men's 10km Open Event were Corporal Ak Khairul Amry bin Pg Azmi from RBLF in first place, followed by Corporal Haziq Syazwan bin Hermanti from the combined team and Corporal Muhammad Iqram bin Hamdani from RBLF. In the Men's 10km Veteran Event, Staff Sergeant Mohamad Azrol bin Haji Awang Aji from the combined team secured the top position, with Warrant Officer 2 Awang Tengah bin Awang Haji Hassan the combined team and Sergeant Md Herdey Bin Arbi from RBLF placing second and third respectively. Meanwhile, in the Women's 21km Open Event, Lieutenant Wan Syamimi Alya'a Filzah Binti Zulkiflee, RBN came in first, followed by Lance Corporal Stephenie binti Batong from RBLF and Lance Corporal Neilly binti Yakup from RBLF. The Women's 10km Open Event was won by Private Nuraniqahafiqah binti Mohd Yunos from RBLF, with Private Nurhayatul Ain binti Sukaimi from RBLF and Private Nur Atiqah Tsara binti Rudiman, RBN as second and third place finishers, while the Women's 10km Veteran Event saw Lieutenant Nabilah Sa'adatul Hayat binti Shamsul Hayat, RBN taking the championship title, followed by Warrant Officer 2 Nur Afiza binti Mohd Azamin from the combined team and Major Khairani binti Hj Noor Ismadi from RBLF.
This annual championship not only promotes sportsmanship but also strengthens the camaraderie within the RBLF and across the Royal Brunei Armed Forces.









TDDB JUARA DALAM KEJOHANAN HALF MARATHON DAN LARIAN 10KM PERINGKAT ABDB TAHUN 2025
BOLKIAH GARISON, Ahad, 26 Oktober 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) muncul sebagai juara keseluruhan dalam Half Marathon dan Larian 10km peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2025, bertempat di Mini Stadium, Bolkiah Garison. Turut serta dalam kejohanan tersebut adalah Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, serta pasukan gabungan Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama ABDB, Akademi Pertahanan ABDB, Institut Latihan ABDB dan Rejimen Pasukan Khas ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota ABDB.
Bagi Acara Berpasukan 21km Lelaki, johan disandang oleh TDDB, diikuti oleh pasukan gabungan dan TLDB masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, bagi Acara Berpasukan 10km Wanita, johan dimenangi oleh TDDB, dengan TUDB sebagai naib johan dan pasukan gabungan di tempat ketiga.
Bagi acara individu, pemenang bagi Acara Terbuka 10km Lelaki ialah Koperal Ak Khairul Amry bin Pg Azmi dari TDDB di tempat pertama, diikuti oleh Koperal Haziq Syazwan bin Hermanti dari pasukan gabungan dan Koperal Muhammad Iqram bin Hamdani dari TDDB. Dalam Acara Veteran Terbuka 10km Lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Staf Sarjan Mohamad Azrol bin Haji Awang Aji dari pasukan gabungan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Pegawai Waran 2 Awang Tengah bin Awang Haji Hassan dari pasukan gabungan dan Sarjan Md Herdey Bin Arbi dari TDDB. Sementara itu, dalam Acara Terbuka 21km Wanita, Leftenan Wan Syamimi Alya'a Filzah Binti Zulkiflee, TLDB berjaya mendapat tempat pertama diikuti oleh Lans Koperal Stephenie binti Batong dari TDDB dan Lans Koperal Neilly binti Yakup dari TDDB. Acara Terbuka 10km Wanita pula dimenangi oleh Soldadu Nuraniqahafiqah binti Mohd Yunos dari TDDB di tempat pertama, diikuti oleh Soldadu Nurhayatul Ain binti Sukaimi dari TDDB dan Laskar Nur Atiqah Tsara binti Rudiman, TLDB, masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Manakala bagi Acara Veteran Terbuka 10km Wanita, johan disandang oleh Leftenan Nabilah Sa'adatul Hayat binti Shamsul Hayat, TLDB, diikuti oleh Pegawai Waran 2 Nur Afiza binti Mohd Azamin dari pasukan gabungan dan Mejar Khairani binti Hj Noor Ismadi dari TDDB.
Kejohanan tahunan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan tetapi juga bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan anggota TDDB dan seluruh warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.