BOLKIAH GARRISON, Friday, 24th October 2025 – The Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), conducted the Tactical Combat Casualty Care (TCCC) Course from 23rd to 24th October 2025 as part of Exercise Cooperation Afloat Readiness and Training (EX CARAT) 2025. The course involved 19 participants and 7 observers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Ministry of Health, aimed to improve life-saving skills in combat and high-risk situations.
The closing ceremony at the Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison, was officiated by Lieutenant Colonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief Medical Services, RBLF. In her remarks, she commended the participants and facilitators for their commitment and emphasised the importance of continued collaboration to enhance joint medical readiness and response across services and partner forces.
The two-day training equipped medics, combat medics, and paramedics with vital life-saving skills for tactical and high-risk environments. It included classroom sessions at Bolkiah Garrison and a practical exercise at the Royal Brunei Naval Base, Muara, focusing on maritime casualty evacuation. The course was co-facilitated by instructors from the United States Navy and the RBLF Medical Services.
%20COURSE/pr2.png)
%20COURSE/pr3.png)
%20COURSE/pr4.png)
%20COURSE/pr5.jpg)
%20COURSE/pr6.jpg)
%20COURSE/pr7.jpg)
%20COURSE/pr8.jpg)
KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN MENGENDALIKAN KURSUS TACTICAL COMBAT CASUALTY CARE (TCCC)
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 24 Oktober 2025 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengendalikan Kursus Tactical Combat Casualty Care (TCCC) sempena Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (EX CARAT) 2025 dari 23 hingga 24 Oktober 2025. Seramai 19 peserta dan 7 pemerhati daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kementerian Kesihatan telah menyertai kursus ini yang bertujuan meningkatkan kemahiran menyelamat nyawa dalam situasi tempur dan berisiko tinggi.
Majlis penutup kursus diadakan di Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison, dan disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB. Dalam ucapannya, beliau memuji para peserta dan fasilitator atas komitmen mereka serta menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas perubatan bersama antara perkhidmatan dan negara sahabat.
Kursus selama dua hari ini merangkumi sesi teori bertempat di Bolkiah Garison serta latihan amali di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara, yang memberi tumpuan kepada pemindahan pesakit di kawasan maritim. Kursus ini telah difasilitasi bersama oleh tenaga pengajar dari Tentera Laut Amerika Syarikat dan Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB.