PENANJONG GARRISON, Thursday, 23rd October 2025 – The closing ceremony for the Range Management Course (RMC) took place at the Theatre Room, School of Infantry, Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF), Penanjong Garrison. The course was held from 28th August to 22nd October 2025, with a total of 45 course participants consisting of 28 from the RBLF, 2 from the Royal Brunei Navy, 3 from the Royal Brunei Air Force, 4 from the Ministry of Defence, one from the Special Forces Regiment Royal Brunei Armed Forces, and one from the Royal Brunei Police Force (RBPF).
Officiating the closing was Major Ahmad Bohare bin Haji Mansor, Commanding Officer, SOI RBLF (CO SOI RBLF), and was attended by officers and personnel from RBAF, along with invited guests. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Sergeant Pengiran Muhd Hafiz bin Pengiran Aji, representing the course participants, followed by the recitation of Surah Al-Mukminun verses 1-11. Captain Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, SOI Head of Small Arms and Heavy Weapons Department, then delivered the opening remarks and continued with the presentation of certificates and awards by the CO SOI. The Best Practical Award was presented to Sergeant Mohammad Nadzri @ Hairun bin Husin from the First Battalion, RBLF. Meanwhile, Best Theory Award to Sergeant Norazaidah binti Mohamad from Medical Services, RBLF, and Best Overall Award to Sergeant Shafwan Hilmi bin Mohaimin from the Training Institute, RBAF.
The course aims to equip officers and senior ranks with the knowledge and skills necessary to safely and efficiently manage firing ranges, including administration, logistics, supervision, and safety regulations.








MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK
PENANJONG GARISON, Khamis, 23 Oktober 2025 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak telah berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), Penanjong Garison. Kursus ini telah diadakan dari 28 Ogos hingga 22 Oktober 2025 dengan penglibatan seramai 45 peserta kursus yang terdiri daripada 28 peserta TDDB, 2 dari Tentera Laut Diraja Brunei, 3 dari Tentera Udara Diraja Brunei, 4 dari Kementerian Pertahanan, seorang dari Rejimen Pasukan Khas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan seorang dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Merasmikan majlis penutup ialah Mejar Ahmad Bohare bin Haji Mansor, Pegawai Pemerintah SI TDDB, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota ABDB serta jemputan-jemputan khas. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Sarjan Pengiran Muhd Hafiz bin Pengiran Aji, selaku wakil peserta kursus, diikuti dengan bacaan ayat Al-Mukminun ayat 1 hingga 11. Kapten Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat sSI seterusnya menyampaikan kata-kata aluan dan majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah-anugerah cemerlang. Anugerah Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Sarjan Mohammad Nadzri @ Hairun bin Husin dari Batalion Pertama TDDB. Sementara itu, Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Sarjan Norazaidah binti Mohamad dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, manakala Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Sarjan Shafwan Hilmi bin Mohaimin dari Institut Latihan ABDB.
Kursus ini adalah bertujuan untuk melengkapkan Pegawai-pegawai dan Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pengurusan padang tembak termasuk pentadbiran, logistik, penyeliaan, pengawasan dan peraturan keselamatan.