TUNGKU, Thursday, 23rd October 2025 – A total of 19 officers undergoing the All Arms Staff and Tactics Course (AASTC) organised by the Officers' Development Wing (ODW), School of Infantry, Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF) had attended a one-day National Standard Operating Procedure (NaSOP) Course at the CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC). The course is aimed at equipping participants with an in-depth understanding of the national organisational framework for disaster response and management in Brunei Darussalam, based on the NaSOP guidelines. It also served as essential preparation for their upcoming operational planning phase scheduled to commence next week.
Delivered by Pengiran Haji Shaharuddin bin Pengiran Haji Metali, Emergency Management Instructor at CAE MPTC, the session was attended by officers from the Ministry of Defence, RBLF, Royal Brunei Navy (RBN), Joint Force Headquarters and Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). The course provided a valuable platform to strengthen inter-agency coordination and understanding, thereby enhancing national readiness and the overall effectiveness of disaster response operations.




PERSERTA KURSUS ALL ARMS STAFF AND TACTICS MENGHADIRI KURSUS NaSOP
TUNGKU, Khamis, 23 Oktober 2025 – Seramai 19 pegawai yang mengikuti Kursus All Arms Staff and Tactics Course (AASTC) yang dikendalikan oleh Cawangan Perkembangan Pegawai, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah menghadiri Kursus Prosedur Operasi Standard Kebangsaan (National Standard Operating Procedure (NaSOP) selama sehari di Pusat Latihan Serbaguna CAE Brunei. Kursus ini adalah bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan kefahaman mengenai struktur organisasi kerajaan yang terlibat dalam tindak balas dan pengurusan bencana di Negara Brunei Darussalam mengikut garis panduan NaSOP. Ianya juga sebagai sebahagian daripada persediaan pegawai-pegawai bagi fasa perancangan operasi yang dijadualkan bermula pada minggu hadapan.
Disampaikan oleh Pengiran Haji Shaharuddin bin Pengiran Haji Metali, Jurulatih Pengurusan Kecemasan di Pusat Latihan Serbaguna CAE, sesi tersebut telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan, TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Institut Latihan ABDB. Kursus ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan penyelarasan dan kefahaman antara agensi, seterusnya meningkatkan kesiapsiagaan negara serta keberkesanan operasi dalam melaksanakan tindak balas bencana.