BERAKAS, Wednesday, 23rd October 2025 – A total of three Royal Brunei Land Forces (RBLF) personnel received their Level 5 Diploma certificates during the 11th Polytechnic Brunei Convocation Ceremony, held at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), Berakas. The certificates were presented by Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Deputy Minister of Finance and Economy (Fiscal) as Chairperson of the Brunei Polytechnic Board.
The graduate recipients were Sergeant Daniel Asyraf bin Saidi from the RBLF Medical Services, who has successfully completed the Level 5 Diploma in Health Sciences (Paramedics), and Sergeant Norhalifah @Aleeya Qistina binti Omar and Lans Corporal Stephenie binti Batong received their Level 5 Diploma in Health Sciences (Dental Hygienist and Therapy). All three personnel underwent a 3-year programme under in-service training for the 2022–2025 session.
The RBLF leadership wishes to extend heartfelt congratulations to all personnel for their outstanding achievements. Such graduation is a testament to their individual ability, hard work, and dedication in achieving academic success.
TIGA ANGGOTA TDDB MENERIMA SIJIL DIPLOMA TAHAP 5
BERAKAS, Rabu, 23 Oktober 2025 – Seramai tiga anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima sijil Diploma Tahap 5 di Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei ke-11, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal) selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Politeknik Brunei.
Para penerima graduan ialah Sarjan Daniel Asyraf bin Saidi dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, yang telah berjaya menamatkan Diploma Tahap 5 dalam Sains Kesihatan (Paramedik), dan Sarjan Norhalifah @ Aleeya Qistina binti Omar dan Lans Koperal Stephenie binti Batong menerima Diploma Tahap 5 dalam Sains Kesihatan (Juruterapi dan Higin Pergigian). Ketiga-tiga anggota telah menjalani program selama 3 tahun di bawah latihan dalam perkhidmatan bagi sesi 2022–2025.
Pihak kepimpinan TDDB ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota atas pencapaian cemerlang mereka, dan ianya adalah bukti keupayaan, kegigihan dan dedikasi individu dalam mencapai kejayaan akademik.