BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 21st October 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) conducted a series of Muzakarah sessions with District Officers and Heads of Mukims from across the country as part of the preparatory phase for Exercise SEMANGAT WAJA 08/26, scheduled to take place from 21st to 30th January 2026. The sessions are aimed at ensuring early dissemination of information regarding the exercise, allowing relevant agencies and community leaders to coordinate effectively within their respective areas.
Each Muzakarah session focused on district-specific discussions covering designated routes, areas of activity and coordination requirements to ensure that local planning and preparations were aligned with the overall objectives of the exercise. These engagements also served to inform local communities in advance of the upcoming activities, promoting public awareness and understanding of the exercise's purpose and scope.
The sessions were chaired by Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Deputy Director of Exercise SEMANGAT WAJA 08/26, who underscored the importance of close collaboration among all stakeholders to ensure smooth and safe execution. The RBLF remains committed to fostering strong relationships with local authorities and community leaders, assuring that Exercise SEMANGAT WAJA 08/26 is conducted efficiently, safely, and in the spirit of national cooperation.





SESI MUZAKARAH BAGI EKESAIS SEMANGAT WAJA 08/26
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Oktober 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan beberapa sesi Muzakarah bersama Pegawai-pegawai Daerah dan Penghulu-penghulu Mukim dari setiap daerah sebagai sebahagian daripada persiapan awal bagi Eksesais SEMANGAT WAJA 08/26 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 30 Januari 2026. Sesi-sesi ini adalah bertujuan untuk memberikan makluman awal mengenai pelaksanaan eksesais agar semua agensi serta pemimpin masyarakat dapat membuat penyelarasan secara teratur dan berkesan di kawasan masing-masing.
Setiap sesi diadakan secara berasingan mengikut daerah bagi membolehkan perbincangan yang lebih fokus berkaitan kawasan, laluan serta keperluan penyelarasan tempatan yang terlibat dalam eksesais. Pendekatan ini memastikan setiap daerah dapat menyesuaikan perancangan mengikut keperluan setempat, di samping memaklumkan penduduk mengenai aktiviti dan pergerakan yang dijangka berlaku sepanjang tempoh eksesais.
Sesi-sesi berkenaan telah dipengerusikan oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Eksesais SEMANGAT WAJA 08/26, yang menekankan kepentingan kerjasama rapat antara semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan eksesais berjalan dengan lancar dan selamat. Inisiatif Muzakarah ini turut mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam memperkukuh hubungan dengan agensi-agensi tempatan dan pemimpin masyarakat, serta memastikan Eksesais SEMANGAT WAJA 08/26 dilaksanakan secara terselaras, selamat dan berkesan di semua peringkat.