Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

AUSTRALASIAN MILITARY MEDICINE ASSOCIATION CONFERENCE 2025

ADELAIDE, AUSTRALIA, Sunday, 19th October 2025 - Lieutenant Colonel (Dr.) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief of Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), participated in the Australasian Military Medicine Association (AMMA) Conference 2025 held from 16th to 19th October in Adelaide, Australia. The event brought together military medical professionals to exchange knowledge, explore emerging trends, and highlight advancements in military healthcare through research and innovation.

Lieutenant Colonel (Dr.) Ummi Suzeyanna was accompanied by Lieutenant (Dr.) Wan Nurul Naszeerah binti Mohammed Zainal Abidin Ariff, Research Officer for Medical Services, RBLF, who presented her work titled “Listening to the Force: A Social Listening Framework for Defence Health Research and Innovation". Her presentation shared key findings from her doctoral research on vaccine confidence and infodemics within Malay-speaking communities in Southeast Asia and its relevance to enhancing force health protection in Brunei Darussalam. The AMMA Conference serves as a vital platform to advance military medical research, showcase innovations and support the development of future military healthcare leaders.

PERSIDANGAN AUSTRALASIAN MILITARY MEDICINE ASSOCIATION 2025

ADELAIDE, AUSTRALIA, Ahad, 19 Oktober 2025 – Leftenan Kolonel (Dr.) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menghadiri Persidangan Australasian Military Medicine Association (AMMA) 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober 2025 di Adelaide, Australia. Persidangan tersebut telah menghimpunkan para profesional perubatan tentera untuk bertukar-tukar pengetahuan, membincangkan perkembangan terkini serta memajukan bidang perubatan tentera melalui penyelidikan dan inovasi.

Leftenan Kolonel (Dr.) Ummi Suzeyanna turut disertai oleh Leftenan (Dr.) Wan Nurul Naszeerah binti Mohammed Zainal Abidin Ariff, Pegawai Penyelidik Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, yang telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Listening to the Force: A Social Listening Framework for Defence Health Research and Innovation". Pembentangan tersebut mengetengahkan hasil kajian kedoktoran beliau mengenai keyakinan terhadap vaksin dan isu infodemik di kalangan komuniti berbahasa Melayu di Asia Tenggara, serta bagaimana dapatan tersebut disesuaikan dalam konteks perlindungan kesihatan anggota tentera di Negara Brunei Darussalam. Persidangan AMMA merupakan platform penting untuk memajukan penyelidikan perubatan ketenteraan, mempamerkan inovasi dan mendokong pembangunan pemimpin-pemimpun kesihatan tentera masa depan.