JAKARTA, Friday, 17th October 2025 – Lieutenant Colonel (Dr.) Haji Isehardy bin Murni, Deputy Chief Medical Services (Clinical), attended the 21st ASEAN Defence Ministers' Meeting-Plus Experts' Working Group on Military Medicine (ADMM-Plus EWG on MM), held from 14th to 17th October 2025 in Jakarta, Republic of Indonesia. He was accompanied by Lieutenant Abdul Matin bin Haji Abdul Malik, Logistics Officer from the Medical Services RBLF. Themed “The Resilience of Military Medicine Towards the Current Health Challenges", the event brought together regional defence medical experts to address shared challenges in military healthcare.
A key focus of the meeting was the role of military medicine in responding to natural disasters, especially within Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations. Since its inception in 2010, the EWG on Military Medicine has enhanced regional cooperation and interoperability among the military medical services of participating countries. One of the significant agendas discussed was the upcoming Field Training Exercise (FTX), which is scheduled to take place in the final quarter of 2026 in the Republic of Indonesia. The current cycle of the EWG (2024–2027) is co-chaired by the Republic of Indonesia and the United States of America.



MESYUARAT ADMM-PLUS KUMPULAN KERJA PAKAR PERUBATAN TENTERA KE-21
JAKARTA, Jumaat, 17 Oktober 2025 – Leftenan Kolonel (Dr.) Haji Isehardy bin Murni, Timbalan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan (Klinikal), telah menghadiri Mesyuarat
Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus Kumpulan Kerja Pakar bagi Perubatan Ketenteraan (ADMM-Plus EWG on MM) ke-21 yang berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober 2025 di Jakarta, Republik Indonesia. Beliau turut disertai oleh Leftenan Abdul Matin bin Haji Abdul Malik, Pegawai Logistik dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Bertemakan "Ketahanan Perubatan Tentera Dalam Menghadapi Cabaran Kesihatan Semasa", mesyuarat tersebut telah menghimpunkan pakar perubatan pertahanan serantau untuk menangani cabaran bersama dalam penjagaan kesihatan tentera.
Fokus utama mesyuarat itu ialah peranan perubatan tentera dalam bertindak balas terhadap bencana alam, terutamanya dalam operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR). Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Kumpulan Kerja Pakar bagi Perubatan Ketenteraan telah meningkatkan kerjasama dan interoperabiliti serantau antara khidmat perubatan tentera negara-negara yang ikut serta. Salah satu agenda penting yang dibincangkan ialah pelaksanaan Field Training Exercise (FTX) yang dijadualkan berlangsung pada suku akhir tahun 2026 di Republik Indonesia. Kumpulan Kerja Pakar bagi Perubatan Ketenteraan bagi kitaran 2024-2027 dipengerusikan bersama oleh Republik Indonesia dan Amerika Syarikat.