Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

KELUARGA BERKAT EVENT IN CONJUNCTION WITH RBLF 63RD RBLF ANNIVERSARY

BERAKAS GARRISON, Friday, 17th October 2025 – In conjunction with the 63rd anniversary, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) organised the Keluarga Berkat event held at Pahlawan Hall, Berakas Garrison. In attendance as the guest of honour was Pengiran Noor Hafidzah binti Pengiran Haji Ahmad, spouse of the RBLF Commander, who is also the Head of RBLF Wives Association (BAKTI), and was joined by RBLF female officers, Non-Commissioned Officers (NCOs), as well as members of the RBLF BAKTI.

Upon arrival, the guest of honour was welcomed by Major Masrurani binti Mohammad Aisa, the Chairwoman of the event, and commenced with a group photo session followed by the recital of Surah Al-Fatihah led by Lieutenant Siti Nur Syahidah binti Haji Suhaili from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. A forum entitled "Social Media Challenges in Upholding the Rights and Responsibilities of Spouses: Between Communication, Trust, and Marital Conflict" was presented during the event, moderated by Lieutenant Pengiran Amal Syazwani binti Pengiran Haji Ali Shahrun, from the RBLF Headquarters. The forum featured invited panelists, namely Ustazah Pengiran Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan from the Islamic Da'wah Centre, and Deputy Superintendent of Police Hajah Nur Amni Alyani binti Haji Abd Rahman, Acting Head of Women and Children Abuse Investigation Unit of the Royal Brunei Police Force. The event concluded with presentation of mementoes to the panelists and recital of closing Doa.

The Keluarga Berkat event is held annually in conjunction with the RBLF anniversary, which aims to strengthen the institution of the family and foster a harmonious, resilient, and morally sound community in line with Islamic values and teachings.

MAJLIS KELUARGA BERKAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TDDB KE-63

BERAKAS GARISON, Jumaat, 17 Oktober 2025 – Sempena Hari Ulang Tahun ke-63, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan Majlis Keluarga Berkat yang diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dayangku Noor Hafidzah binti Pengiran Haji Ahmad, isteri kepada Pemerintah TDDB, yang juga selaku Ketua Cawangan Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Darat Diraja Brunei (BAKTI TDDB), dan disertai oleh pegawai-pegawai wanita TDDB, Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB-PTB), serta ahli-ahli BAKTI TDDB.

Sejurus tiba, tetamu kehormat telah disambut oleh Mejar Masrurani binti Mohammad Aisa, Pengerusi majlis dan kemudiannya dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Leftenan Siti Nur Syahidah binti Haji Suhaili dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seterusnya forum bertajuk “Cabaran Media Sosial Dalam Menjaga Hak dan Tanggungjawab Suami Isteri: Antara Komunikasi, Kepercayaan dan Konflik Rumah Tangga" telah disampaikan semasa majlis tersebut yang dikendalikan oleh Leftenan Pengiran Amal Syazwani binti Pengiran Haji Ali Shahrun, dari Markas TDDB. Forum tersebut menampilkan panel jemputan iaitu Ustazah Pengiran Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan dari Pusat Dakwah Islamiah, dan Timbalan Penguasa Polis Hajah Nur Amni Alyani binti Haji Abd Rahman, Pemangku Ketua Unit Siasatan Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Pasukan Polis Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada para panelis dan bacaan Doa penutup.

Majlis Keluarga Berkat diadakan pada setiap tahun bersempena ulang tahun TDDB yang bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan memupuk masyarakat yang harmoni dan berakhlak mulia selaras dengan nilai-nilai dan ajaran Islam.